Cara Ambil & Dapat Keputusan MUET dengan Cepat

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 19, 2019, 04:35 am

Berita baik kepada anda yang berniat untuk melanjutkan pengajian ke IPTA bagi kursus degree tetapi masih belum memiliki kelayakan MUET, anda boleh memohon untuk menduduki peperiksaan MoD ini kerana keputusan akan diumumkan pada bulan yang sama!. Berikut kami kongsikan hebahan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menerusi portal rasmi mereka :

 

 

 

Jika dirujuk poster hebahan diatas, poster pertama terbuka kepada pelajar yang berada di semenanjung Malaysia manakala poster kedua terbuka kepada mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Jadi tidak ada isu lokasi jauh dan sebagainya lagi. 

 

Kepada yang berminat untuk mengambil ujian ini masih belum terlambat kerana permohonan UPU ditutup pada bulan April setiap tahun. Keputusan MUET sudah diperolehi pada 19 Mac. Masih berkesempatan untuk mengemaskini permohonan. Jadi tunggu apa lagi info lanjut mengenai pendaftaran MUET secara online sila klik disini : PANDUAN PERMOHONAN MoD SECARA ONLINE. Semoga berjaya!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail