750 Tawaran Jawatan PTD untuk Tahun 2018 & 200 Kekosongan Khas untuk Pelajar Cemerlang JPA

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 09, 2018, 08:59 am

Sebanyak 750 kekosongan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) ditawarkan untuk tahun 2018. Daripada jumlah tersebut, 200 kekosongan ditawarkan khas untuk Pelajar Cemerlang tajaan JPA. 

 

 

Ini bermakna, baki 550 lagi kekosongan ditawarkan untuk lepasan pemegang ijazah yang lain. Perkara ini dimaklumkan secara rasmi oleh JPA memandangkan sebelum ini tular berita bahawa, pengambilan PTD tahun ini hanya untuk pelajar cemerlang JPA sahaja. Jadi untuk menjawab kekeliruan tersebut, pihak JPA telah memberi maklum balas untuk menjelaskan kedudukan sebenar. kepada anda yang ketinggalan zaman dan tidak mengikuti isu ini sila KLIK DISINI untuk baca perkongsian sebelumnya.

 

 

Kepada anda yang masih ingin merebut jawatan ini walaupun sudah untuk ke berapa juta kali mencuba, bolehlah memohon melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) . Kepada yang sudah memohon pastikan permohonan anda tidak tamat tempoh. Maklumlah tempoh hayat permohonan hanyalah setahun sahaja. Jika sudah tamat perlu mengemaskini semula permohonan. 

 

 

Menerusi artikel ini juga, kami ingin kongsikan info yang wajib anda tahu mengenai PTD. Proses pemilihan, tip menjawab soalan dan sebagainya. Rujuk pautan link dibawah :

 

6 proses dalam pelantikan ke jawatan Pegawai tadbir Diplomatik (PTD) M41 yang wajib anda Tahu

Tip Menjawab Soalan Peperiksaan PTD M41 yang Wajib Anda Tahu!

 

Semoga berjaya!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail