Graduan Kelas Pertama Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Ditawarkan Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Bermula Sesi Pengambilan Julai dan Ogos 2018

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 14, 2018, 08:32 am

Graduan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang berjaya menamatkan pengajian kelas pertama bakal ditawarkan jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dalam perkhidmatan awam bagi sesi pengambilan Julai dan Ogos tahun ini.

 

Kenyataan ini dimaklumkan sendiri oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam majlis perjumpaan KSN bersama graduan cemerlang tajaan JPA di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) semalam. Menurut KSN, peluang berkenaan merupakan inisiatif pertama kali kerajaan untuk melihat sejauh mana prestasi graduan cemerlang dalam memikul tanggungjawab berbanding seramai 10,000 pegawai PTD sedia ada di seluruh negara yang berbeza pengalaman dan latar belakang akademik masing-masing.

 

kredit : Sinar Harian

 

Walau bagaimanapun, tidak bermakna bahawa mereka akan terus ditawarkan. Graduan-graduan kelas pertama ini tetap perlu membuat permohonan, menghadiri peperiksaan dan ditemu duga sebelum dipilih untuk menjalani latihan kursus kadet PTD di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sebelum disahkan ke jawatan itu.

 

Jadi persoalannya, apa yang istimewanya?. Saringan pemilihan sama sahaja seperti graduan ijazah yang lain, tetap perlu mohon, ambil peperiksaan, hadir temuduga, dipilih jalani latihan kadet kemudian disahkan ke jawatan tetap selepas tamat latihan. Kalau terus ditawarkan itu baru istimewa. Lagi pula memang semua graduan ijazah tidak mengira bidang apa sekalipun layak untuk memohon ke jawatan PTD ini, jadi apa yang istimewanya?.  

 

Walau apa pun, kepada graduan bukan tajaan JPA atau tajaan sekalipun tetapi gagal mendapat kelas pertama jangan risau kerana peluang anda masih sama untuk merebut jawatan ini. Jadi percaya pada rezeki dan penguguman KSN itu sama sekali tidak akan mempengaruhi langsung peluang anda untuk bergelar seorang PTD. Untuk yang ingin tahu mengenai proses pemilihan PTD dan sebagainya, rujuk artikel berkaitan dibawah :

 

6 proses dalam pelantikan ke jawatan Pegawai tadbir Diplomatik (PTD) M41 yang wajib anda Tahu

Tip Menjawab Soalan Peperiksaan PTD M41 yang Wajib Anda Tahu!

SEMOGA BERJAYA!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail