logo
logo

    Courses

    Institutions

Seminar Pecutan Akhir SPM 2024 Secara Percuma! – Peluang Terbaik untuk Pelajar SPM 2024

Afterschool

Afterschool

February 19, 2025

Berita baik untuk adik-adik yang bakal menduduki SPM 2024! YPC International College, dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan siri Seminar Pecutan Akhir SPM 2024 secara percuma bagi membantu anda menghadapi peperiksaan SPM dengan lebih yakin.

 





Butiran Program

Seminar ini menampilkan barisan guru cemerlang dan berpengalaman yang akan membimbing anda dalam mata pelajaran teras SPM. Sesi pembelajaran akan berlangsung secara dalam talian dan siaran langsung Youtube dari pukul 8:00 malam hingga 10:00 malam.

Sesi pembelajaran akan diadakan mengikut jadual berikut:

  • 1 Januari 2025: Bahasa Melayu - Penguasaan teknik karangan dan komsas
  • 5 Januari 2025: Bahasa Inggeris - Pemantapan kemahiran menulis dan pemahaman
  • 6 Januari 2025: Sejarah - Teknik menjawab soalan struktur dan esei
  • 7 Januari 2025: Matematik - Penyelesaian masalah matematik secara sistematik

Manfaat Program

Antara kelebihan yang ditawarkan: 

  • Bimbingan profesional daripada guru-guru pakar
  • Nota pembelajaran yang komprehensif
  • Teknik menjawab soalan yang berkesan
  • Strategi pengurusan masa dalam peperiksaan
  • Panduan ekslusif peningkatan prestasi

Kaedah Penyertaan

Para pelajar dikehendaki mendaftar melalui pautan berikut untuk mendapat akses ke kelas dan nota pembelajaran: https://forms.gle/9dcMUCWtKY4DkZH2A

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

  • Ms. Jenny: +6012-6373799
  • Ms. Nisha: +6017-4188461
  • Ms. Laziemah: +6011-20876246
  • Ms. Fatin: +6013-5294281

Rebut peluang keemasan ini untuk memantapkan persediaan SPM anda. Pendaftaran adalah percuma dan terbuka kepada semua calon SPM 2024.

“Persediaan Rapi, Kejayaan Di Tangan”

Daftarlah sekarang! Tempat adalah terhad.

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background