Tip Mencari Biasiswa yang Wajib Anda Tahu! | Afterschool.my

Tip Mencari Biasiswa yang Wajib Anda Tahu!

February 21, 2017
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Seiring dengan penguguman keputusan STPM pada 28 Februari dan SPM pada 16 Mac ini, tentu ramai sudah membuat persediaan untuk memohon melanjutkan pengajian ke IPT. Dalam menunggu debaran itu berakhir, ramai juga yang sudah mula mengambil inisiatif untuk mencari biasiswa yang boleh menampung pengajian kelak.

 

5a6c2283a90edd21c8815cf3c80c924b

 

Walau bagaimanapun, berapa ramai dalam kalangan anda yang mengetahui apakah cara terbaik untuk mencari biasiswa ini, institusi manakah yang menyediakan tawaran biasiswa kepada pelajar, kursus apakah yang sering ditawarkan biasiswa dan sebagainya. Oleh itu, kami kongsikan kepada anda beberapa tip untuk manfaat anda semua.

 

Pertama, cari tawaran-tawaran biasiswa yang ada diiklankan di akhbar-akhbar atau laman web, kemudian senaraikan biasiswa yang layak anda pohon. Yang penting, kenalpasti penaja, syarat-syarat kelayakan dan tarikh tutup permohonan biasiswa.

 

2016-03-01_-_BH-MS14_Biasiswa_MyBrain15_lancarkan_penyelidikan

 

Picture1

 

Picture2

 

Kedua, cari universiti-universiti atau kolej-kolej yang ada menawarkan bantuan biasiswa atau pinjaman pelajaran kepada para pelajar. Kenal pasti juga kursus-kursus pengajian yang ada ditawarkan. Jika ada yang bersesuaian, anda boleh mempertimbangkan untuk membuat permohonan kemasukan ke universiti atau kolej tersebut.

 

Picture5

 

Picture6

 

Picture4

 

Ketiga, jika ibu bapa anda bekerja dengan syarikat-syarikat besar, boleh bertanyakan kepada majikan mereka samaada menyediakan bantuan biasiswa atau pinjaman pelajaran untuk anak-anak kakitangan. Jika ada, cuba buat permohonan kerana peluang untuk mendapat bantuan tersebut adalah lebih cerah kerana ibu bapa anda adalah kakitangan syarikat itu.

 

Picture7

 

Keempat, cari maklumat berkenaan bantuan biasiswa yang ditawarkan kerajaan persekutuan dan negeri. Kerajaan persekutuan biasanya menawarkan biasiswa melalui agensi-agensinya seperti JPA, Mara dan Bank Negara, manakala kerajaan negeri melalui yayasan anak negeri di negeri anda masing-masing. Selain itu, anda boleh juga memohon daripada pusat-pusat zakat negeri.

 

Picture9

 

Picture10

 

Picture8

 

Kelima, memohon bantuan kepada kepimpinan kawasan seperti wakil rakyat, penghulu ataupun ketua kampung. Mereka mungkin ada mengenali individu-individu yang bermurah hati menawarkan bantuan kewangan kepada para pelajar.

 

MH17PARLIAMENT_230714_TMIAFIF_009

Dicadangkan untuk kenal pasti wajah mereka bagi memudahkan anda memohon sumbangan kelak. hihi :)

 

Keenam, bank-bank komersial misalnya, Maybank, AgroBank, CIMB dan institusi-institusi kewangan seperti koperasi ada menawarkan bantuan biasiswa dan pinjaman pelajaran. Jika anda bernasib baik, kemungkinan pinjaman pelajaran yang ditawarkan menawarkan kadar faedah yang lebih rendah berbanding pinjaman-pinjaman pendidikan yang lain atau mungkin faedahnya lebih rendah berbanding PTPTN.

 

Picture11

 

Picture12

 

Oleh itu, tunggu apa lagi mulakan pencarian anda untuk mencari biasiswa. Manalah tahu sekiranya rezeki anda, tidak perlu lagi menanggung beban hutang pendidikan apabila tamat pengajian kelak. Selain itu, anda dinasihatkan untuk sentiasa merujuk pada bahagian biasiswa dalam laman rasmi kami bagi mendapatkan informasi biasiswa yang terkini.

Peperiksaan Hari Rabu adalah
Geografi I dan II

Dapatkan soalan ulang kaji SPM + soalan percubaan secara PERCUMA.

Log masuk akaun anda

Daftar Akaun