logo
logo

    Courses

    Institutions

img

Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Wilayah Persekutuan

Malaysian
    Malaysia

    Where to Study

    24-08-2018

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

Overview

Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan daripada anak-anak Wilayah Persekutuan untuk memohon Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP bagi melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara sepenuh masa bagi kemasukan semester pertama 2018/2019.

  • Pemohon warganegara Malaysia, lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL / Putrajaya / Labuan) serta pemohon ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan. 


  • Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,500.00 sebulan. 


  • Berikut adalah kaedah pengiraan pendapatan perkapita keluarga : Pendapatan kasar ketua keluarga dan pasangan (termasuk elaun tetap)/Bilangan tanggungan termasuk ketua keluarga dan pasangan = Tidak melebihi RM1,500.00


  • Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain Tawaran adalah tertakluk kepada : 
    • Penerimaan tawaran pengajian daripada IPT Awam Kemasukan ke semester 1, tahun 1 
    • Pendapatan kasar ketua keluarga dan pasangan (termasuk elaun tetap) Tidak melebihi = RM1,500.00 
    • Bilangan tanggungan termasuk ketua keluarga dan pasangan


KELAYAKAN AKADEMIK 

  • Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM. 
  • Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.00 dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma.

Semua bidang pengajian

How to apply for Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Wilayah Persekutuan

  • Pastikan Borang Permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR. 
  • Sila sertakan bersama gambar terbaru pemohon berukuran passport. 
  • Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar:- 
    • Surat Beranak. 
    • Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga. 
    • Penyata gaji / slip pencen terbaru ibubapa / penjaga serta surat akuan bersumpah kepada yang bekerja sendiri / tidak bekerja. 
    • Surat tawaran kemasukan ke IPTA (jika ada)
    • Keputusan / transkrip peperiksaan :
      • SPM
      • STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma 


  • Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian dari maklumat yang diberi tidak benar. 
  • Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga. 
  • Sila catatkan “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi” pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat.
  • Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat :


YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu,

50300 Kuala Lumpur

Would you like to apply to Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Wilayah Persekutuan?
    Malaysia

    Where to Study

    24-08-2018

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background