Syarat Umum
- (i) Warganegara Malaysia;
- (ii) Mempunyai kesihatan yang baik;
- (iii) Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
- (iv) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
- (v) Menduduki peperiksaan SPM 2020 buat kali pertama; dan
- (vi) Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
- Nama tersenarai dalam calon pemilihan oleh JPA (Untuk semak senarai nama bolehKLIK DISINI)
Syarat Khusus
- Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 9A+ bagi mata
pelajaran berikut: - (1) Bahasa Melayu
- (2) Bahasa Inggeris
- (3) Matematik
- (4) Sejarah
- (5) Matematik Tambahan
- (6) Fizik
- (7) Kimia
- (8) Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah /Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral; dan
- (9) Satu (1) mata pelajaran lain;
- DAN memperoleh minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain
(jika ada).
PROGRAM PERSEDIAAN
Pelajar-pelajar yang ditawarkan penajaan di bawah program ini akan mengikuti
kursus persediaan iaitu Program A-Level di Kolej Yayasan UEM (KYUEM)
selama 24 bulan.
MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN
Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:
- (i) Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam
setelah tamat pengajian; - (ii) Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC)
setelah tamat pengajian; - (iii) Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara
setelah tamat pengajian; dan - (iv) Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
Pelajar-pelajar akan mengikuti kursus persediaan di Kolej Yayasan UEM (KYUEM). Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di 10 universiti terbaik dunia di USA dan 10 universiti terbaik dunia di UK seperti yang disenaraikan dalam THE World University Rankings, QS World University Rankings, dan / atau ARWU berdasarkan kedudukan universiti dan bidang pengajian. Senarai bidang dan universiti boleh KLIK DISINI.