logo
logo

    Courses

    Institutions

img

Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (9A+)

Malaysian
    Malaysia

    Where to Study

    18-03-2020

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

Overview

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dibawah Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dalam Negara. 


Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dalam Negara Tahun 2020 merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 460 orang pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara. 


Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

  • Pelajar lepasan SPM 2019 yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.

PENAJAAN MENGIKUT PERINGKAT PENGAJIAN 

  • 2.1. Penajaan di bawah Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara ini adalah secara berpakej merangkumi peringkat Persediaan dan Ijazah Pertama. 
  • 2.2. Pemohon tidak dibenarkan untuk mengikuti program persediaan dengan pembiayaan sendiri. Sekiranya berbuat demikian, pemohon tidak akan ditawarkan penajaan di Peringkat Ijazah Pertama di bawah program ini. 
  • 2.3. Sekiranya pelajar enggan meneruskan penajaan di peringkat Ijazah Pertama di bawah tajaan JPA atau enggan mematuhi syarat-syarat penajaan yang ditetapkan oleh JPA bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, penajaan pelajar akan ditamatkan dengan tuntutan ganti rugi. 
  • 2.4. Calon-calon yang berjaya akan mengikuti kursus persediaan di kolej persediaan dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan seperti di LAMPIRAN A. Seterusnya, penajaan untuk peringkat Ijazah Pertama adalah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara sahaja. Senarai IPT adalah seperti di LAMPIRAN B.


BENTUK TAJAAN 

Calon-calon yang berjaya akan ditawarkan penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah program ini dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut: 

  • (a) Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau 
  • (b) Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau  
  • (c) Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau 
  • (d) Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman

Semakan penuh syarat kelayakan dan sebagainya KLIK DISINI.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 mulai 9 Mac 2020 hingga 18 Mac 2020 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

How to apply for Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (9A+)

  • Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/ selama sepuluh (10) hari mulai 9 Mac 2020 sehingga 18 Mac 2020. 
  • Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. 
  • Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara Tahun 2020 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  • Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/
Would you like to apply to Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (9A+)?
    Malaysia

    Where to Study

    18-03-2020

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background