logo
logo

    Courses

    Institutions

img

Biasiswa Zamalah Pendidikan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)

Malaysian
    Malaysia

    Where to Study

    28-04-2021

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

Overview

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada Negeri Kelantan yang ingin memohon penajaan pengajian bagi melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kini boleh memohon Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

SYARAT UMUM

  • Permohonan terbuka untuk Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa sahaja.
  • Tarikh hantar borang permohonan selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh memohon.
  • Permohonan bantuan  zakat ke  IPT  boleh dibuat sebelum tarikh pendaftaran dan selewat-lewatnya dua bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPT  tersebut.
  • Tiada penaja dan bantuan kewangan lain / elaun / biasiswa.
  • Pemohon hendaklah golongan asnaf yang layak menerima wang zakat.
  • Pendapatan keluarga yang rendah.
  • Tiada harta yang ekonomik.
  • Ibu/bapa/penjaga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.
  • Warganegara malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kelantan.
  • Bidang pengajian yang memberi manfaat umum.
  • Permohonan yang tidak jelas dan tidak lengkap dan mengandungi maklumat palsu akan ditolak.


SYARAT AKADEMIK

i) Diploma

  • PNGK Diploma adalah 3.5 pada semester 1; atau
  • Berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 3A (tiada Gerd C dan ke atas).


ii) Ijazah Sarjana Muda

  • Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dan ke atas di peringkat Diploma; atau
  • Mempunyai STAM yang setara dengan STPM; atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dan ke atas di peringkat Matrikulasi/Asasi Sains/Asasi Universiti.

Permohonan terbuka untuk Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa dengan bidang yang memberi manfaat kepada masyarakat

How to apply for Biasiswa Zamalah Pendidikan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)

Layari laman web rasmi permohonan dengan klik butang berwarna hijau diatas. Kemudian, muat turun borang permohonan, isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
Hantar borang permohonan beserta dokumen sokongan seperti senarai dibawah ke alamat berikut:

Urusetia, Program Pengajian Asnaf Lepasan SPM,
Unit Tajaan Pendidikan, Tingkat 3
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Lundang,
Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bahru,
Kelantan Darul Naim.


Dokumen yang perlu disertakan bersama-sama permohonan

  • Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak pemohon.
  • Salinan Surat Tawaran IPT.
  • Salinan Penyata Akaun Bank Islam Atau Bank Simpanan Nasional.
  • Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak ibubapa @ penjaga.
  • Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak Tanggungan ibubapa @ penjaga.
  • Salinan surat mati/surat cerai ibubapa @ penjaga (jika berkaitan).
  • Salinan Slip gaji ibubapa @ penjaga sekiranya kerajaan @ institusi yang mengeluarkan slip gaji.
  • Salinan Slip pencen sekiranya bersara.
Would you like to apply to Biasiswa Zamalah Pendidikan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)?
    Malaysia

    Where to Study

    28-04-2021

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background