INFO BIASISWA
Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) ditawarkan untuk calon-calon yang berkelayakan dalam kalangan anak-anak Wilayah Persekutuan daripada keluarga berpendapatan rendah yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa.
KRITERIA
- Warganegara Malaysia
- Dilahirkan dan dibesarkan di Wilayah Persekutuan (KL, Putrajaya, Labuan)
- Jumlah pendapatan bulanan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000
- Mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam SPM dan lulus semua mata pelajaran
- Mendapat PNGK sekurang-kurangnya 3.00 dan lulus semua mata pelajaran STPM, matrikulasi, asas, pra-universiti, atau diploma
- Mengikuti pengajian ijazah pertama di semester pertama
- Tidak menerima sebarang biasiswa lain atau bantuan kewangan
BIDANG YANG DIUTAMAKAN
- Undang-undang
- Perakaunan
- Kejuruteraan
- Sains Komputer dan Teknologi
- Ekonomi
- Pentadbiran Perniagaan
- Sains Gunaan
- Sains Sosial
CARA UNTUK MEMOHON
- Muat turun borang permohonan.
- Pastikan borang diisi dengan betul menggunakan pen dan dengan HURUF BESAR.
- Lampirkan gambar pasport terkini anda.
- Salinan dokumen yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan gred A :
1. Sijil kelahiran
2. Kad pengenalan ibu bapa anda
3. Slip gaji penjaga
4. Surat tawaran anda ..
5. Sijil akademik / transkrip peperiksaan SPM, STPM, matrikulasi, asas, pra-universiti, atau diploma
- Sila tulis ‘Skim Biasiswa Pengajian Tinggi’ di sudut atas sebelah kiri sampul surat dan poskan kepada alamat berikut:
Yayasan Wilayah Persekutuan
Tingkat 11, Menara DBKL 3,
Bandar Wawasan, Jalan RAja Abdullah,
50300, Kuala Lumpur.
HUBUNGI
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi nombor ini 03-2698 3073
TARIKH TUTUP
5 Februari 2016