logo
logo

    Courses

    Institutions

img

Biasiswa TalentLabs Incubator Programme

Malaysian
    Malaysia

    Where to Study

    31-05-2020

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

Overview

  • Program Inkubator TalentLabs adalah program pembangunan bakat berstruktur yang menyediakan biasiswa penuh untuk pelajar kurang bernasib baik untuk meneruskan pengajian peringkat foundation dan sarjana muda dalam kursus yang berkaitan dengan teknologi. 


  • Bermula pada tahun 2019, para pelajar yang berjaya ditawarkan biasiswa ini akan melanjutkan pengajian di Taylor's School of Computing & IT di bawah dengan tawaran biasiswa penuh. 

  • Memiliki kemahiran kepemimpinan yang kuat dan secara aktif mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sosial atau sukarela.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 7A dalam peperiksaan SPM atau yang setaraf dengannya; dengan minimum A dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan / atau Matematik Tambahan.
  • Berasal dari keluarga dengan pendapatan per kapita tidak lebih daripada RM 3,000 sebulan.

Program pengajian foundation dan ijazah sarjana muda (degree) yang ditawarkan dibawah School of Computing & IT di Taylor's University

  • Biasiswa ini meliputi semua yuran akademik dan perbelanjaan akademik lain yang dikenakan sepanjang tempoh pengajian.

  • Setiap penerima biasiswa akan diberikan seorang mentor yang akan membimbing dan memberi sokongan sepanjang pengajian mereka. Para mentor datang dari pelbagai latar belakang dan pengalaman industri dan merupakan pemimpin yang terkemuka di bidang masing-masing.


  • Menjalani program kepemimpinan & pembangunan dan akan diberi pendedahan kepada set kemahiran penting seperti jualan, pemasaran, strategi perniagaan, dan banyak lagi.


  • Menjalani program pembangunan kerjaya yang khusus, iaitu: Sesi Penglibatan Eksklusif dengan Rakan Kongsi Korporat, Bengkel CV & Temuduga serta Program Latihan Berstruktur.


  • Keutamaan untuk menghadiri dan menyertai  persidangan peringkat tertinggi, perbincangan industri, pameran kerjaya dan sesi pertunjukan bakat.


  • Sepanjang tempoh pengajian, mereka akan didedahkan dengan projek khas yang membolehkan mereka membina produk, yang akan memperbaiki masalah kehidupan sebenar; memudahkan pemahaman lengkap mengenai apa yang telah mereka pelajari sepanjang pembelajaran mereka.

19, Jalan USJ Heights 1/1B,
USJ Heights Avenue,
47500, Subang Jaya,
Selangor, Malaysia.

Email:

shawnyip@talentlabs.org

Phone:

60126710102

How to apply for Biasiswa TalentLabs Incubator Programme

  • Klik pada pautan di atas untuk ke halaman permohonan. 
  • Untuk maklumat lanjut tentang biasiswa, klik di sini.
Would you like to apply to Biasiswa TalentLabs Incubator Programme?
    Malaysia

    Where to Study

    31-05-2020

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background