logo
logo

    Courses

    Institutions

img

Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho:MEXT) Japanese Studies dan Teacher Training

Malaysian
    Overseas

    Where to Study

    18-02-2022

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

Overview

Kedutaan Jepun di Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho:MEXT) untuk Pengajian Jepun dan Latihan Perguruan kini dibuka untuk permohonan sehingga 18 Februari 2022. Rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di Jepun adalah dipelawa untuk memohon. 

1. Pengajian Jepun (kursus non-degree setahun bermula dari Oktober 2022)

  • a) Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 29 tahun pada 1 April 2022 (dilahirkan antara 2 April 1992 dan 1 April 2004)
  • b) Pemohon mestilah siswazah tahun 2 atau tahun 3 (bukan pelajar tahun akhir) yang major dalam Bahasa Jepun atau Kebudayaan Jepun di mana-mana universiti selain universiti di Jepun.
  • c) Pemohon mestilah mahir dalam bahasa Jepun.


2. Latihan Perguruan (kursus non-degree 1½ tahun bermula dari Oktober 2022)

  • a) Pemohon mestilah di bawah umur 35 tahun pada 1 April 2022 (dilahirkan pada atau selepas 2 April 1987).
  • b) Pemohon mestilah siswazah universiti atau Maktab Perguruan yang telah bekerja sebagai guru di sekolah rendah atau menengah atau staf akademik di Maktab Perguruan dengans ekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja.
  • c) Pemohon mestilah mahir dalam Bahasa Inggeris dan berkebolehan untuk belajar Bahasa Jepun.

  • Latihan perguruan
  • Japanese Studies

  • Semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 117,000 yen (ang. RM4,400) akan diberi kepada setiap penerima biasiswa Pengajian Jepun, dan 143,000 yen (ang. RM5,400) untuk setiap penerima biasiswa Latihan Perguruan (jumlah adalah tertakluk kepada perubahan). 
  • Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan. Tiket kapal terbang pergi-balik juga disediakan

How to apply for Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho:MEXT) Japanese Studies dan Teacher Training

Japanese Studies

  • Permohonan mesti sampai di Kedutaan Jepun di Malaysia sebelum pukul 4 petang pada 18 Februari 2022. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-2177-2600 (ext. 146)/edu@kl.mofa.go.jp atau layari https://www.my.emb-japan.go.jp/itpr_en/scholarship.html

Latihan Perguruan

  • Permohonan bagi guru sekolah kerajaan hendaklah dibuat melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila rujuk ke laman sesawang KPM ataupun melalui hebahan dalaman. Untuk guru sekolah swasta, sila email ke edu@kl.mofa.go.jp untuk mendapatkan borang permohonan.

Kedutaan Jepun akan menghubungi pemohon yang memenuhi syarat sahaja (melalui emel) untuk menghadiri temuduga yang dijangka berlangsung pada awal bulan Mac 2022.

Would you like to apply to Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho:MEXT) Japanese Studies dan Teacher Training?
    Overseas

    Where to Study

    18-02-2022

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background