logo
logo

    Courses

    Institutions

img

Biasiswa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 2018

Malaysian
    Malaysia or Overseas

    Where to Study

    16-04-2018

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

Overview

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mempelawa anda yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti terkemuka dalam dan luar negara. Jika anda bakal atau sedang melanjutkan pengajian, anda layak memohon biasiswa ini. Sebaik sahaja tamat pengajian, anda dijamin pekerjaan bersama SC. 



SYARAT KELAYAKAN UNTUK LEPASAN PRA -UNIVERSITI

  • Untuk pengajian Ijazah pertama di universiti yang tersohor dan diiktiraf di Malaysia dan di luar negara
    • Minimum 3A dan 1B+ dalam peperiksaan STPM atau 3A di peringkat A-Levels atau 3.5 CGPA pada peringkat Diploma / Matrikulasi/Asasi atau lain -lain pencapaian yang setaraf


SYARAT KELAYAKAN UNTUK PEMOHON YANG SEDANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

  • Kepujian kelas kedua atas, cemerlang, CGPA 3.5 atau lain-lain pencapaian yang setaraf


SYARAT TAMBAHAN UNTUK KESEMUA BIASISWA

  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan kepimpinan yang baik
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan sukan
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dengan baik
  • Bukan penerima biasiswa organisasi lain


Tawaran bersyarat akan dibuat kepada calon-calon yang berjaya, tertakluk kepada penerimaan mereka ke universiti / institusi pengajian tinggi yang tersohor dan diiktiraf serta sedia berkhidmat dengan SC bagi jangka masa yang ditetapkan setelah tamat pengajian.

  • Ekonomi Kewangan
  • Kewangan Islam/Pengajian Syariah
  • Perakaunan
  • Undang-Undang
  • Komunikasi
  • Sains Komputer/IT
  • Keselamatan Siber
  • Analisis data/Sains Data
  • Kejuruteraan Kewangan
  • Matematik Kewangan

Biasiswa ini merangkumi yuran penuh pembelajaran, buku-buku, elaun sara hidup dan elaun-elaun lain yang berkaitan.

Berkenaan biasiswa : 03-6204 8272/8385/8522 

Berkenaan sistem permohonan biasiswa : 03-6204 8155/8320 

E-mel : scscholarship@seccom.com.my 

Talian Am SC : 03-6204 8000

How to apply for Biasiswa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 2018

  • Semua permohonan hendaklah dipohon melalui atas talian (online) sebelum jam 5.00 petang pada 16 April 2018. Hanya permohonan dalam talian akan dipertimbangkan. Sila klik pada butang berwarna hijau diatas untuk terus ke laman permohonan. 
  • Hanya pemohon-pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.
Would you like to apply to Biasiswa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 2018?
    Malaysia or Overseas

    Where to Study

    16-04-2018

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background