logo
logo

    Courses

    Institutions

img

Anugerah Biasiswa Luar Negara Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Malaysian
    Malaysia or Overseas

    Where to Study

    24-06-2022

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

Overview

Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah syarikat pengurusan dana utama Malaysia dengan aset di bawah pengurusan lebih RM279 bilion. Portfolio PNB meliputi pelaburan strategik dalam syarikat korporat terkemuka Malaysia, ekuiti global, pelaburan swasta dan hartanah. 

Permohonan dibuka kepada calon SPM 2021. Pemohon yang berjaya akan berpeluang untuk belajar di kolej persediaan tempatan seperti yang ditentukan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di luar negara - tertakluk kepada kelulusan PNB. 

  • Memperolehi gred minima 8A (A+ (Cemerlang Tertinggi) dan A (Cemerlang Tinggi) sahaja) bagi Sijil Pelajaran Malaysia 2021.
  • Gred A–  (Cemerlang) tidak diambil kira sebagai salah satu dari keperluan gred minima 8A.
  • Memperolehi gred minima 2A bagi subjek Bahasa Inggeris 1119 (GCE-O) Sijil Pelajaran Malaysia 2020.
  • Umur pemohon tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari 2022.
  • Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan serta mempunyai kualiti kepimpinan serta semangat kerja berpasukan yang tinggi.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang cemerlang.
  • Tiada keluarga terdekat yang pernah atau sedang menerima mana-mana Anugerah Biasiswa daripada PNB.
  • Pemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian persediaan di kolej persediaan dalam negara (Malaysia) yang ditetapkan oleh PNB sebelum menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara yang ditetapkan dan berdasarkan kelulusan PNB.
  • Pemohon dikehendaki menulis di Bahagian IV dengan teliti tiga (3) pilihan program pengajian sahaja kecuali Perubatan, Farmasi, Pergigian dan program pengajian yang tidak berkaitan dengan perniagaan teras PNB.
  • Setelah lulus pengajian peringkat persediaan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh PNB, pemegang biasiswa perlu mendapat tempat di universiti luar negara yang ditetapkan oleh PNB untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda.


Semua bidang kecuali perubatan, Farmasi, Pergigian dan program pengajian yang tidak berkaitan dengan perniagaan teras PNB.

Tidak dinyatakan

Jabatan Pendidikan

Tingkat 38, Menara PNB

201-A Jalan Tun Razak 6 

50400 Kuala Lumpur

Email:

[email protected]

How to apply for Anugerah Biasiswa Luar Negara Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Untuk mengemukakan permohonan, sila ke laman rasmi permohonan dengan klik : PNB GLOBAL SCHOLARSHIP AWARD 2022 (Post SPM)

Would you like to apply to Anugerah Biasiswa Luar Negara Permodalan Nasional Berhad (PNB)?
    Malaysia or Overseas

    Where to Study

    24-06-2022

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background