logo
logo

    Courses

    Institutions

img

Biasiswa OCBC Bank

Malaysian
    Malaysia

    Where to Study

    30-06-2022

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

Overview

Biasiswa ini terbuka kepada pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di tahun pertama atau layak dan sedang menunggu keputusan kemasukan ke pengajian sarjana muda sepenuh masa tahun pertama di semua universiti awam dan swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.


Jika anda mempunyai keputusan STPM/Matrikulasi yang cemerlang dengan rekod kepimpinan dan kokurikulum, dan sedang mendaftar untuk kursus sarjana muda sepenuh masa, anda layak memohon biasiswa ini. 

  • Warganegara Malaysia
  • Minimum 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); atau 5A dalam Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)
  • Minimum 2A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM); atau 2As dalam GCE A-Level
  • Purata Nilai Gred Kumulatif Minimum (CGPA) 3.30 dalam Pengajian Matrikulasi/Asasi
  • PNGK minimum 3.30 untuk pelajar tahun pertama sedia ada
  • Memegang jawatan kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum, persatuan dan kelab di sekolah/universiti
  • Memiliki personaliti yang dinamik dengan kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis yang cemerlang
  • Tidak boleh menjadi penerima biasiswa atau anugerah lain daripada mana-mana organisasi dan/atau institusi lain
  • Pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi RM 7,000 sebulan


Biasiswa ini ditawarkan sehinggalah tempoh minimum yang diperlukan untuk menyelesaikan kursus sehingga memperoleh ijazah pertama. Namun ianya tertakluk kepada prestasi akademik yang konsisten dan cemerlang. Jika tidak biasiswa kemungkinan akan ditarik balik. 


Semua calon akan dikehendaki untuk mendapatkan pekerjaan di OCBC Bank. Walau bagaimanapun, jika atas apa-apa sebab Bank memutuskan ini tidak diperlukan, atau tidak dapat menggaji calon, ia akan melepaskannya dengan sewajarnya daripada keperluan ini.


Bon ikatan

Semua pemohon yang berjaya ditawarkan biasiswa ini dikehendaki bekerja di OCBC Bank selepas menamatkan pengajian. Walau bagaimanapun, jika atas sebab tertentu, pihak bank memutuskan untuk tidak menawarkan pekerjaan kepada penerima biasiswa, pelajar tidak akan terikat dan tidak perlu membayar balik jumlah biasiswa yang telah diberikan. 

Kursus yang memenuhi keperluan bank antaranya :

  • Perakaunan dan Kewangan 
  • Ekonomi 
  • Pentadbiran perniagaan 
  • Seni dan Sains Sosial 
  • Sains Komputer dan Teknologi Maklumat 
  • Matematik dan Statistik 
  • Sains Aktuari 
  • Kejuruteraan 
  • Undang-undang
  • Atau mana-mana bidang keperluan yang dikehendaki oleh pihak bank

Nilai tahunan biasiwa adalah seperti berikut: 

  • RM12,000 setahun bagi setiap pelajar yang telah mendapat kemasukan ke universiti awam Malaysia yang terpilih 
  • RM23,000 setahun bagi setiap pelajar yang telah mendapat kemasukan ke sebuah universiti swasta Malaysia yang terpilih

  • Untuk pertanyaan, e-mel kami di MYScholarship@ocbc.com .
  • Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput ke sesi temu duga.

Email:

MYScholarship@ocbc.com

How to apply for Biasiswa OCBC Bank


1. Muat turun borang permohonan biasiswa DI SINI

  • Lengkapkan Borang Permohonan Biasiswa Awam OCBC - Tab: Bahagian 1-Borang Permohonan
  • Sediakan karangan sepanjang 800 patah perkataan - Tab: Bahagian 2-Karangan
  • Semak senarai semak dan sediakan salinan (softcopy) semua dokumen yang diperlukan - Tab: Bahagian 3-Senarai Semak

2. E-mel (Bahagian 1,2 dan 3), dan salinan imbasan dokumen yang diperlukan ke MYScholarship@ocbc.com . Subjek email: 2022 OCBC Public Scholarship Application – (Nama anda).

3. Pemohon perlu pastikan semua dokumen yang diperlukan dikemukakan bersama

4. Tarikh tutup pada 30 Jun 2022 (tarikh tutup setiap tahun) 

*Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga

Would you like to apply to Biasiswa OCBC Bank?
    Malaysia

    Where to Study

    30-06-2022

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background