Malaysia or OverseasWhere to Study |
14-04-2022Deadline |
Full ScholarshipAmount |
Biasiswa MyBrainSc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara.
Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.
Criteria
Syarat-syarat permohonan adalah berdasarkan 3 kategori berikut:
Ph.D
Calon adalah warganegara Malaysia;
Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2023;
Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Sarjana dan sekurang-kurangnya PNGK 3.75 di peringkat Ijazah Pertama dan ke atas atau Kelas Pertama atau setara dengannya dalam bidang sains tulen;
Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini;
Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana akan dipertimbangkan namun mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
Calon yang sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara akan dipertimbangkan berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.
Sarjana (master)
Calon adalah warganegara Malaysia;
Berumur tidak melebihi 28 tahun pada 1 Januari 2023;
Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.
Ijazah pertama (degree)
PERJANJIAN
Preferred Discipline
BIDANG PENGAJIAN
UNIVERSITI TERKEMUKA DALAM DAN LUAR NEGARA
Contact Info
Unit Skim Latihan Akademik IPTA
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
0388706000
Malaysia or OverseasWhere to Study |
14-04-2022Deadline |
Full ScholarshipAmount |
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.