OverseasWhere to Study |
31-12-2022Deadline |
Full ScholarshipAmount |
Ini adalah program pengajian pasca siswazah yang berorientasikan pembangunan dengan menggalakkan latihan kepada pakar dari negara membangun dan perindustrian baharu.
Pakar tempatan yang terlatih memainkan peranan penting dalam pembangunan mampan sesebuah negara. Ia adalah jaminan terbaik untuk masa depan yang lebih baik dengan mengurangkan jurang kemiskinan, lebih banyak akses pendidikan dan kesihatan untuk semua rakyat. Klik untuk semak senarai semua negara yang layak.
Biasiswa ini ditawarkan kepada graduan asing dari negara membangun dan perindustri termasuk Malaysia. Terbuka kepada calon dengan sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman profesional untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana atau PhD di universiti yang terletak di Jerman bagi tahun akademik 2023/2024
Tempoh pengajian antara 12-24 bulan untuk Sarjana (bergantung kepada institusi tertentu) dan 36 bulan untuk PhD. Dibiayai oleh BMZ (Federal Ministry for Economic Cooperation and Development).
Criteria
Preferred Discipline
Biasiswa individu secara eksklusif untuk kursus Pasca Siswazah di Jerman yang disenaraikan pada "Senarai semua kursus Pasca Siswazah dengan tarikh akhir permohonan 2023/24" .
Amount Info
Untuk info lanjut mengenai cara permohonan boleh klik Brosur EPOS 2023/2024 "Kursus Pasca Siswazah Berkaitan Pembangunan - Mendidik Profesional untuk Pembangunan Mampan" dan Soalan Lazim berkaitan biasiswa.
OverseasWhere to Study |
31-12-2022Deadline |
Full ScholarshipAmount |
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.