MalaysiaWhere to Study |
31-03-2018Deadline |
Full ScholarshipAmount |
MyPhD merupakan salah satu Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023. Seperti mana Mybrains15 Mymaster, pihak KPT juga turut menawarkan biasiswa MyPhD.
Criteria
Amount Info
Kemudahan & Elaun
Kemudahan dan elaun yang layak dibayar kepada pemohon yang berjaya adalah seperti berikut:
KATEGORI | YURAN PENGAJIAN | ELAUN SARA HIDUP | ELAUN BANTUAN TESIS | ELAUN BANTUAN JURNAL |
Orang awam tidak bekerja dan tidak berdapatan tetap | Tidak melebihi RM24,000 | RM1,800 sebulan | Tidak melebihi RM3,000 | Tidak melebihi RM2,000 |
Kakitangan Swasta | Tidak melebihi RM24,000 | Tiada | Tidak melebihi RM3,000 | Tidak melebihi RM2,000 |
Kakitangan kerajaan / badan berkanun / IPTA (kontrak/sambilan/sementara) | Tidak melebihi RM24,000 | Tiada | Tidak melebihi RM3,000 | Tidak melebihi RM2,000 |
Nota:
a. Yuran pengajian tidak melebihi RM24,000 untuk keseluruhan tempoh pembiayaan yang diluluskan. Yuran pengajian yang dibiayai tidak termasuk deposit, wang hemat diri dan yuran penginapan.
b. Tempoh pembiayaan dikira bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran IPT bagi yang belum memulakan pengajian.
c. Elaun Bantuan Tesis dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian dan tertakluk kepada siling yuran pengajian yang masih berbaki. Elaun ini juga hanya diberikan kepada pelajar-pelajar yang tamat pengajian dalam tempoh tajaan sahaja.
d.Pembayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada Bendahari IPT berdasarkan invois yang diterima.
BIL | DOKUMEN | FORMAT | SAIZ DOKUMEN |
1 | Gambar berukuran passport | JPG | 200KB |
2 | Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang) | PDF | 280KB |
3 | Rancangan penyelidikan (proposal) yang disahkan oleh penyelia (muatturun format di Lampiran A (Pemohon yang mengikuti pengajian secara Mod Penyelidikan sahaja) | PDF | 300KB |
4 | Salinan transkrip akademik di peringkat Ijazah Sarjana | PDF | 400KB |
5 | Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, dan pindaan surat tawaran (jika berkenaan). | PDF | 200KB |
6 | Borang Pengesahan Maklumat Pemohon | PDF | 400KB |
MalaysiaWhere to Study |
31-03-2018Deadline |
Full ScholarshipAmount |
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.