MalaysiaWhere to Study |
31-03-2018Deadline |
Full ScholarshipAmount |
MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Program ini merupakan feeder kepada MyPhD.
Oleh itu, seiring dengan kelulusan bajet pendidikan bagi program mybrains15 ini, maka biasiswa ini kini ditawarkan untuk permohonan kepada pelajar yang layak.
Criteria
Preferred Discipline
Tidak dinyatakan (jadi semua bidang layak memohon)
Amount Info
Kemudahan & Elaun
Kemudahan dan elaun yang layak dibayar kepada pemohon yang berjaya mengikut katgeori adalah seperti berikut:
Penyelidikan
Campuran (Kerja Kursus dan Tesis)
Nota:
a. Yuran pengajian tidak melebihi RM10,000 untuk keseluruhan tempoh pembiayaan yang diluluskan. Yuran pengajian yang dibiayai tidak termasuk deposit, wang hemat diri dan yuran penginapan.
b. Tempoh pembiayaan dikira bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran IPT bagi yang belum memulakan pengajian.
c. Elaun Bantuan Tesis dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian dan tertakluk kepada siling yuran pengajian yang masih berbaki. Elaun ini juga hanya diberikan kepada pelajar-pelajar yang tamat pengajian dalam tempoh tajaan sahaja.
d. Pembayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada Bendahari IPT berdasarkan invois yang diterima.
1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web MyBrain15 https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2
2. Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
3. Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia. Pengesahan perlu dibuat pada muka surat pertama rancangan penyelidikan tersebut. Sila rujuk Lampiran A untuk panduan penyediaan.
4. Pemohon dikehendaki mencetak, mengisi dan memuat naik Borang Pengesahan Maklumat Pemohon melalui permohonan ini.
5. Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil(capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.
Klik sini untuk panduan mengimbas dokumen sokongan.
Klik sini untuk panduan menukar format dokumen softcopy ke format PDF.
7. Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:
BIL | DOKUMEN | FORMAT | SAIZ DOKUMEN |
1 | Gambar berukuran passport | JPG | 200KB |
2 | Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang) | 280KB | |
3 | Rancangan penyelidikan (proposal) yang disahkan oleh penyelia (muatturun format di Lampiran A (Pemohon yang mengikuti pengajian secara Mod Penyelidikan sahaja) | 300KB | |
4 | Salinan transkrip akademik di peringkat Ijazah Sarjana | 400KB | |
5 | Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, dan pindaan surat tawaran (jika berkenaan). | 200KB | |
6 | Borang Pengesahan Maklumat Pemohon | 400KB |
6. Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.
8. Pemilihan calon akan dibuat melalui sesi temu duga yang akan dijalankan sebelum pemilihan akhir dibuat oleh suatu Jawatankuasa yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang bermesyuarat secara berkala.
9. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel dan sms dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Jawatankuasa.
10. Jika berjaya, pemohon dikehendaki mengemukakan semua dokumen seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak Dokumen Tawaran MyBrain15 ke Bahagian Biasiswa, KPT dalam tempoh 21 hari bekerja sebelum boleh memuat turun surat tawaran MyBrain15. Kegagalan pelajar untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kelulusan yang diberikan ditarik balik dan terbatal.
Untuk info lanjut permohonan, silaKLIK DISINI
MalaysiaWhere to Study |
31-03-2018Deadline |
Full ScholarshipAmount |
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.