logo
logo

    Courses

    Institutions

img

Biasiswa Kolej Tunku Jaafar (A-Level)

Malaysian
    Malaysia

    Where to Study

    16-04-2018

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

Overview


Kolej Tuanku Ja'afar adalah salah sebuah kolej berasrama penuh yang terkemuka di Malaysia. Matlamat penubuhan kolej ini adalah untuk menggabungkan sistem sekolah Inggeris yang terbaik, dengan tradisi kecemerlangan akademik dan pembangunan personaliti seterusnya memenuhi keperluan pendidikan Malaysia dan rantau Asia. Sejak tahun 1991, ia telah berkembang secara progresif sebagai pusat kecemerlangan. Mereka menganugerahkan biasiswa ini bagi pelajar yang layak untuk mengikuti pengajian di peringkat A-level.

  • Gred A1 / A2 dalam SPM atau gred A A A di IGCSE (jika belum mengetahui keputusan, pemohon perlu mengemukakan salinan keputusan Ujian Percubaan dan Gred Ramalan). 
  • Mempunyai potensi untuk melayakkan masuk ke universiti Oxford atau Cambridge. 

A-Level (Pra-Universiti)

Biasiswa yang ditawarkan hanya meliputi peratusan yuran pengajian, antara 10% hingga 100% dari RM16,100 ditambah dengan jumlah yang mungkin dikurangkan pada bayaran deposit.

Kolej Tuanku Ja’afar.

71700 Mantin, Negeri Sembilan

Malaysia

How to apply for Biasiswa Kolej Tunku Jaafar (A-Level)

Klik pautan dibawah untuk mendapatkan borang permohonan :

https://www.dropbox.com/s/zi9vxfksyuxpf5v/A%20Level%20Scholarship%20Form%20August%202018.pdf?dl=0


Permohonan hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan semua dokumen berkaitan dari 'Senarai Semak KTJ' dan * * RM 350 yuran permohonan (dibayar kepada Syarikat Pendidikan Staffield Berhad) tidak lewat daripada jam 5.00 petang pada hari Isnin16hb April 2018 dialamatkan kepada:


The Registrar

Kolej Tuanku Ja’afar

71700 Mantin, Negeri Sembilan

Malaysia


Sila ambil perhatian bahawa pembayaran kad kredit kini boleh dibuat secara dalam talian di www.ktj.edu.my/payments dan anda boleh mengimbas dan e-mel semua dokumen kepada Pendaftar di registrar@ktj.edu.my.


Would you like to apply to Biasiswa Kolej Tunku Jaafar (A-Level)?
    Malaysia

    Where to Study

    16-04-2018

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background