logo
logo

    Courses

    Institutions

img

Biasiswa Khazanah Watan (Dalam Negara)

Malaysian
    Malaysia

    Where to Study

    30-06-2022

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

Overview

Biasiswa Khazanah Watan merupakan anugerah berprestij yang menawarkan peluang kepada pelajar Malaysia yang berbakat dan berprestasi tinggi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pra universiti, sarjana Muda dan Pascasiswazah di universiti terkemuka dalam negara.

Syarat Umum

  • Mempunyai kemahiran kepimpinan yang kuat dan penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum, sosial atau sukarela 


Tahap Pengajian Asasi/Foundation

  • Mendapat sekurang-kurangnya 8A (kombinasi A + dan A) dalam peperiksaan SPM terkini atau sekurang-kurangnya 8A dalam IGCSE terkini 
  • Mendapat A atau A + dalam subjek teras berikut: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik 
  • Tidak melebihi 18 tahun pada tarikh pendaftaran bagi program pengajian asasi
  • Menerima tawaran kemasukan untuk melanjutkan pengajian atau kini dalam semester pertama
  • Berikut adalah senarai universiti terpilih di Malaysia untuk pengajian asasi :
    • Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya
    • Pusat PERMATA Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia
    • International Islamic University Malaysia
    • Universiti Putra Malaysia
    • Multimedia University
    • Universiti Tenaga Nasional
    • International Medical University, KL
    • University of Reading, Malaysia
    • University of Southampton (Malaysia Campus)
    • Newcastle University Medicine Malaysia


Tahap Pengajian Ijazah Sarjana Muda

  • Menerima tawaran kemasukan untuk melanjutkan pengajian (tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan) atau kini dalam tahun pertama program Sarjana Muda di mana-mana universiti yang diluluskan oleh Yayasan Khazanah.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 3A untuk STPM; 
  • atau "Jayyid Jidan" untuk STAM;
  • atau 3A untuk Program A-Level GCE; 
  • atau PNGK 3.50 / 4.00 untuk Program Pra-universiti atau Diploma atau asasi/foundation atau Matrikulasi; 
  • atau 35 mata untuk Program Diploma Antarabangsa Baccalaureate (IB) 
  • DAN sekurang-kurangnya CGPA 3.50 / 4.00 dalam peperiksaan semester bagi mereka yang sedang melanjutkan pengajian di tahun pertama Program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana senarai universiti yang diluluskan.
  • Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran untuk Program Ijazah Sarjana Muda 


Tahap Pengajian Ijazah Sarjana (master)

  • Menerima tawaran kemasukan untuk mengikuti pengajian di universiti terkenal di Malaysia (tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan) 
  • Mendapat sekurang-kurangnya Kelas Kedua atas (UK dan Australia University) atau di mana terdapat sistem mata, memperoleh PNGK minimum 3.50 untuk Ijazah Sarjana Muda 
  • Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh pendaftaran untuk ijazah Sarjana 


Tahap pengajian PhD 

  • Menerima tawaran kemasukan untuk mengikuti pengajian atau kini dalam tahun pertama program Ijazah Kedoktoran di universiti terpilih di Malaysia. (Tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan) 
  • Memperoleh Ijazah Sarjana dengan perbezaan atau sekurang-kurangnya PNGK 3.50 / 4.00 atau 'gred purata' dan / atau laporan pemeriksa yang cemerlang jika Ijazah Sarjana adalah melalui penyelidikan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Kelas Kedua atas (UK dan Australia University) atau di mana terdapat sistem mata, memperoleh PNGK minimum 3.50 untuk Ijazah Sarjana Muda 
  • Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh pendaftaran untuk program Doktor

Tidak dinyatakan (bermaksud semua bidang boleh memohon)

Biasiswa penuh ditawarkan termasuk yuran pengajian, perbelanjaan hidup, penginapan serta sokongan kewangan berkaitan pembangunan dan latihan.

Yayasan Khazanah
Level 27, Mercu UEM
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Malaysia



Phone:

0322726300

How to apply for Biasiswa Khazanah Watan (Dalam Negara)

Kepada yang berminat boleh membuat permohonan secara online boleh klik diatas untuk ke laman rasmi permohonan biasiswa Khazanah Watan.

Would you like to apply to Biasiswa Khazanah Watan (Dalam Negara)?
    Malaysia

    Where to Study

    30-06-2022

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background