logo
logo

    Courses

    Institutions

img

Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT)

Malaysian
    Overseas

    Where to Study

    22-04-2022

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

Overview

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin mempelawa pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berminat dan memenuhi syarat untuk memohon Biasiswa Kerajaan Jepun 2023 (Monbukagakusho: MEXT) untuk Pengajian Pasca Siswazah. 

Biasiswa ini menaja pegawai untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau Ph.D di universiti-universiti Jepun dalam bidang Humanities and Social Sciences serta Natural Science.

  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 April 2023 (lahir pada atau selepas 2 April 1988);
  • Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun pada 1 Januari 2022;
  • Tidak berkhidmat dalam perkhidmatan tentera;
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
  • Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris dan/ atau Bahasa Jepun yang baik;
  • Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2019, 2020 & 2021). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan;
  • Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/ pendek seperti berikut:
    • Lebih daripada 12 bulan (tempoh menunggu 2 tahun)
    • Lebih daripada 3 bulan dan kurang daripada 12 bulan (tempoh menunggu 1 tahun)
    • Kurang daripada 3 bulan (Tiada tempoh menunggu)
  • Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai;
  • Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  • Telah mengisytiharkan harta; dan
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA


 Bidang Humanities and Social Sciences serta Natural Science.

Sila hubungi talian 03 – 8885 3053/ 3569 pada setiap hari bekerja (9.00 pagi – 5.00 petang) atau e-mel kepada [email protected] sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini

How to apply for Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT)

Pegawai Kumpulan P&P yang berminat dan memenuhi syarat-syarat permohonan dikehendaki melengkapkan borang permohonan secara dalam talian di portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai 31 Mac 2022 sehingga 22 April 2022. 

Borang permohonan yang telah dilengkapkan tersebut hendaklah dicetak serta dikemukakan kepada pihak JPA dengan sokongan Ketua Jabatan dan perakuan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) masing-masing. 

Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 29 April 2022 sama ada melalui serahan tangan / pos ke alamat berikut:


Ketua Pengarah

Jabatan Perkhidmatan Awam

Bahagian Pembangunan Modal

Insan Aras 3, Blok C2, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan 62510 PUTRAJAYA

(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Would you like to apply to Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT)?
    Overseas

    Where to Study

    22-04-2022

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background