logo
logo

    Courses

    Institutions

img

Biasiswa JPA Program Khas Lepasan SPM dalam Negara (LPSM)

Malaysian
    Malaysia

    Where to Study

    26-06-2022

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

Overview

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu/bapa tidak disenaraihitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
  • Menduduki peperiksaan SPM 2021 buat pertama kali;
  • Umur belum mencapai 19 tahun (atau 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki dan
  • Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.


Syarat Khusus

  • Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurangkurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada);
  • Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa. 

Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah merangkumi bidang pendidikan, kejururawatan, Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License) serta kursus profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA). Untuk semakan bidang dan universiti sila KLIK DISINI

Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  • i. Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
  • ii. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
  • iii. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
  • iv. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuatdengan mengemukakan pertanyaan menerusi emel lepasanspm2022@jpa.gov.my (emel ini hanya aktif dalam temoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 20 sehingga 26 Jun 2022).

How to apply for Biasiswa JPA Program Khas Lepasan SPM dalam Negara (LPSM)

  • Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/ bermula 20 Jun 2022 (Isnin) hingga 26 Jun 2022 (Ahad), jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
  • Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.
  • Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumatpermohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
  • Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna denganmencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara Tahun 2022 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Would you like to apply to Biasiswa JPA Program Khas Lepasan SPM dalam Negara (LPSM)?
    Malaysia

    Where to Study

    26-06-2022

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background