logo
logo

    Courses

    Institutions

img

Biasiswa Dermasiswa B40 JPA

Malaysian
    Malaysia

    Where to Study

    14-07-2019

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

Overview

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2018 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40. Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma dan sijil profesional di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.


Bagi tahun 2019, penajaan adalah melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam, Politeknik, Institut Kemahiran Awam, UniKL Malaysia Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), UniKL Malaysia Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET), Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Multimedia (MMU).

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN 

  • Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:


Syarat-Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2018 buat kali pertama;
  • Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);
  • Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian yang sama; dan
  • Pendapatan isirumah ibu bapa / penjaga adalah RM4,359.00 sebulan dan ke bawah.

 

Syarat Khusus

 

  • Bagi Universiti Awam / Politeknik / UniKL MIMET / UniKL MIAT / KUPTM / UNITEN / MMU
  • Menduduki SPM pada tahun 2018 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil
  • Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
  • Bagi Institut Kemahiran Awam (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI))
  • Menduduki SPM pada tahun 2018 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain yang diambil
  • Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut
  • Sila klik di sini untuk membaca syarat permohonan PENUH

BIDANG PENGAJIAN YANG TIDAK DITAJA

  • Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah Pendidikan, Kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA, LINUX dan CLP.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 (3 talian) mulai 1 hingga 7 Julai 2019 (hari bekerja) jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

How to apply for Biasiswa Dermasiswa B40 JPA

CARA MEMOHON 

  • Permohonan dibuka secara atas talian di laman sesawang eSILA selama tujuh (7) hari mulai 1 Julai 2019 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 14 Julai 2019 (Ahad) jam 4.30 petang
  • Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2019 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.


KEPUTUSAN PERMOHONAN     

  • Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA http://esilav2.jpa.gov.my pada 4 September 2019 (Rabu) jam 5.00 petang. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.
Would you like to apply to Biasiswa Dermasiswa B40 JPA?
    Malaysia

    Where to Study

    14-07-2019

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background