logo
logo

    Courses

    Institutions

img

Biasiswa Daikin

Malaysian
    Malaysia

    Where to Study

    11-08-2019

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

Overview

Daikin, syarikat penghawa dingin No.1 di dunia, menawarkan biasiswa kepada pelajar yang layak dan telah diterima masuk ke Universiti-universiti Awam atau Swasta Malaysia bagi peringkat pengajian ijazah pertama mereka. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPTA. 



SYARAT KELAYAKAN UMUM

  • Malaysia
  • Pelajar sepenuh masa
  • c. Pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda
  • Sudah diterima di Universiti Malaysia (IPTA / IPTS). Keutamaan akan diberikan kepada pelajar dari IPTA.
  • Mempunyai keputusan akademik yang baik
  • Pelajar yang akan mendaftar ke program ijazah pertama tahun
  • Aktif mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang cemerlang
  • Kemahiran komunikasi yang baik
  • Memiliki sikap positif
  • Tahap kesihatan yang baik
  • Belum menerima apa-apa bantuan kewangan dari mana-mana organisasi
  • Tiada ikatan perkhidmatan selepas tamat pengajian
  • Keutamaan akan diberikan kepada pelajar dari keluarga dengan pendapatan isi rumah RM5,000 sebulan atau lebih rendah.


KELAYAKAN AKADEMIK

i. Pelajar yang baru hendak melanjutkan pengajian :

  • SPM atau setaraf - min 6A + lulus semua subjek. Keputusan yang baik dalam Matematik, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Malaysia.
  • Matrikulasi STPM / Pra-Universiti / Tempatan / Diploma / Asasi/Foundation - min CGPA 3.00 & ke atas.
  • MUET - min Band 4


ii. Pelajar yang kini sedang mengikuti program ijazah sarjana muda tahun pertama :

  • SPM atau setaraf - min 6A & lulus semua subjek. Keputusan yang baik dalam Matematik, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Malaysia
  • STPM atau setaraf - min 2A + lulus semua subjek
  • MUET - min Band 4
  • GPA minimum atau CGPA 3.00


  • Engineering (preferably in Electrical & Electronics, Mechanical, Mechatronic, Manufacturing)
  • IT
  • Accounting
  • Business / Management



Untuk sebarang pertanyaan, boleh emel kepada daikin.scholarship@daikin.com.my.

How to apply for Biasiswa Daikin

  • Pemohon perlu mengemukakan permohonan dengan klik butang berwarna biru diatas.
  • Semua dokumen yang dilampirkan dalam format PDF.
  • Permohonan dibuka sekarang sehingga tarikh tutup pada 11 Ogos 2019.
  • Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Cik Kay Lee Yen Hui (603-6145 8632) atau Encik Chan Foo Keat (603-6145 8633)
  • Permohonan lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:


Attention: Ms. Kay Lee Yen Hui / Mr. Chan Foo Keat
(Human Resources Department)
DAIKIN MALAYSIA SDN. BHD.
Lot 60334, Persiaran Bukit Rahman Putra 3,
Taman Perindustrian Bukit Rahman Putra,
47000 Sungai Buloh, Selangor D.E. Malaysia.


PEMILIHAN

  • Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Calon yang disenarai pendek akan diberitahu 2 minggu selepas tarikh akhir permohonan.
  • Pemilihan akhir akan berdasarkan hasil temuduga


Permohonan berikut tidak akan diproses:

  • Penyerahan dokumen tidak lengkap.
  • Sarjana (pelajar) yang tidak memenuhi kriteria dalam para (1).
  • Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup biasiswa.


Would you like to apply to Biasiswa Daikin?
    Malaysia

    Where to Study

    11-08-2019

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background