logo
logo

    Courses

    Institutions

img

Biasiswa Bank Negara (Ijazah Sarjana Muda Degree)

Malaysian
    Malaysia or Overseas

    Where to Study

    26-06-2022

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

Overview

Biasiswa ini diberikan kepada individu yang layak dan telah menerima tawaran untuk mengikuti atau sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Economics, Accounting, Finance, Actuarial Science, Mathematics, Statistics, Data Science, Law and Computer Science di universiti-universiti terkemuka mengikut senarai universiti yang diluluskan oleh BNM.

Pemberian biasiswa sarjana muda juga disediakan kepada penerima biasiswa pra-universiti sedia ada, tertakluk pada memenuhi keperluan Bank:

  • Keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam mana-mana yang berikut:
    • STPM / A-Level: Minimum 3A
    • Diploma / Matrikulasi: Purata Nilai Gred Kumulatif Minimum (CGPA) 3.50
    • AUSMAT: ATAR minimum 85%
    • ADP: Skor SAT minimum 1,200
    • Bagi calon yang sedang mengikuti pengajian sarjana muda: PNGK semasa minimum 3.50
    • SPM: Minimum 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • Kualiti kepimpinan yang teguh, keupayaan kerja berpasukan yang terbukti, prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum
  • Kemahiran interpersonal yang luar biasa
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2022
  • Mendapat tawaran untuk meneruskan, atau sedang mengikuti pengajian sarjana muda di salah satu senarai universiti yang diluluskan oleh Bank.
  • Selepas berjaya menamatkan program sarjana muda, para sarjana akan dikehendaki untuk bekerja di Bank dan akan terikat mengikut nisbah satu tahun pengajian kepada dua tahun perkhidmatan.
  • Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk penilaian selanjutnya.

Pemohon yang berjaya akan mempelajari disiplin yang berkaitan dengan Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Sains Data, Undang-undang dan Sains Komputer.

Biasiswa ini termasuk yuran pengajian, sara hidup, dan elaun biasiswa yang berkaitan.

Sebarang pertanyaan berkaitan biasiswa boleh emel ke recruit@bnm.gov.my .

How to apply for Biasiswa Bank Negara (Ijazah Sarjana Muda Degree)

Kepada anda yang berminat untuk memohon, boleh klik pautan berwarna hijau untuk terus ke laman rasmi permohonan BNM. Sistem permohonan akan mula dibuka pada 16 -26 Jun 2022. Untuk mendapatkan info lanjut mengenai biasiswa ini, sila KLIK DISINI. 

Would you like to apply to Biasiswa Bank Negara (Ijazah Sarjana Muda Degree)?
    Malaysia or Overseas

    Where to Study

    26-06-2022

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background