logo
logo

    Courses

    Institutions

img

Biasiswa ASEAN Scholarship

Malaysian
    Overseas

    Where to Study

    06-05-2022

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

Overview

Biasiswa ASEAN ini adalah untuk pelajar dari Malaysia yang sedang mengikut pengajian peringkat Menengah 1, Menengah 3 atau Prauniversiti 1 di sekolah menengah atau kolej rendah Singapura yang terpilih. Biasiswa diberikan kepada pelajar muda cemerlang dari negara ASEAN termasuk di Malaysia dan China untuk belajar di Singapura. 


Pelajar akan mempunyai peluang untuk meluaskan pengetahuan mereka dan membangunkan kemahiran penting seperti kepimpinan, komunikasi dan kemahiran hidup yang lain. Mereka juga boleh membantu mempromosikan muhibah dan persefahaman di kalangan anak muda dari negara yang berbeza dan Singapura.

Warganegara Malaysia yang:

  • Mahir berbahasa Inggeris.
  • Telah berjaya secara konsisten dalam peperiksaan sekolah.
  • Mempunyai rekod penyertaan yang baik dalam aktiviti kokurikulum.
  • Setiap biasiswa membawa kepada sijil Singapore-Cambridge GCE A-Level atau kelayakan yang setaraf.
  • Biasiswa ini akan diperbaharui setiap tahun berdasarkan prestasi akademik

Menengah 1    

  • Lahir antara 2 Jan 2008 hingga 1 Jan 2011    
  • Pemohon berada di  Darjah 6 atau Tingkatan 1    
  • Tempoh tajaan 6 tahun

Menengah 3    

  • Lahir antara 2 Jan 2006 hingga 1 Jan 2009    
  • Pemohon berada di Tingkatan 2 atau 3   
  • Tempoh tajaan 4 tahun

Pra universiti 1    

  • Lahir antara 2 Jan 2004 hingga 1 Jan 2007    
  • Pemohon berada di  Tingkatan 5 (atau setaraf) atau calon yang mengambil peperiksaan SPM 2020 / 2020-2021 GCE O-Level    
  • Tempoh tajaan 2 tahun

Biasiswa ini meliputi:

  • Elaun tahunan dengan penginapan asrama.
  • Elaun menetap
  • Tambang penerbangan pergi balik ekonomi ke Singapura
  • Yuran sekolah.
  • Yuran peperiksaan untuk GCE O-Level dan A-Level (sekali sahaja, mengikut mana yang berkenaan).
  • Faedah perubatan bersubsidi dan perlindungan insurans untuk kemalangan.


How to apply for Biasiswa ASEAN Scholarship

Anda boleh memohon secara dalam talian dari sekarang hingga Jumaat, 6 Mei 2022. Klik laman web rasmi permohonan ASEAN SCHOLARSHIP untuk info lanjut biasiswa dan permohonan.


Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan sekurang-kurangnya 1 minggu lebih awal untuk menghadiri ujian pemilihan dan temu duga. Ujian pemilihan dan temu duga akan diadakan di bandar berikut jika terdapat cukup calon yang disenarai pendek:

  • Johor Bahru
  • Kota Kinabalu
  • Kuala Lumpur
  • Kuching
  • Pulau Pinang
Would you like to apply to Biasiswa ASEAN Scholarship?
    Overseas

    Where to Study

    06-05-2022

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background