logo
logo

    Courses

    Institutions

img

Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

Malaysian
    Malaysia

    Where to Study

    31-12-2022

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

Overview

Bantuan Kewangan kepada pelajar yang mengikuti program di Kolej Komuniti bagi menyambung pengajian di peringkat sijil. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah melanjutkan pengajian di peringkat separa profesional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka dan membantu memperbaiki tahap sosio-ekonomi mereka dan keluarga.

    

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia; 
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil); 
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah; 
  • Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin); 
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan 
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.
  • Pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti di bawah KPM.
  • Pelajar yang layak untuk menerima bantuan kewangan ini sepanjang setahun/dua semester pengajian perlu mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua. Sekiranya pelajar tidak mencapai CGPA minima 2.0 pada semester pertama, maka pembiayaan bantuan kewangan akan diberhentikan serta merta kepada pelajar. 


     

Semua kursus sijil dan diploma yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti

Pelajar akan menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti hanya untuk dua (2) semester sahaja.  Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan dan pelajar layak untuk mendapat RM300/sebulan atau RM1, 800.00 sepanjang satu semester.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Unit Biasiswa

Bahagian Biasiswa

Kementerian Pengajian Tinggi,

Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5

62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8888 1616 (samb.)

Faks : 03 – 8870 6839

How to apply for Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

Pelajar baru atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing. Permohonan dibuka sepanjang tahun



Would you like to apply to Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)?
    Malaysia

    Where to Study

    31-12-2022

    Deadline

    Full Scholarship

    Amount

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background