University banner

Kenapa Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman TAR UC Kampus Johor pilihan terbaik?

  • TAR UC disokong oleh enam fakulti dalam penyampaian program ijazah sarjana, iaitu Fakulti Sains Gunaan (FOAS), Fakulti Pengkomputeran dan Teknologi Maklumat (FOCS), Fakulti Perakaunan, Kewangan dan Perniagaan (FAFB), Fakulti Kejuruteraan FOEN), Fakulti Bina Alam Sekitar (FOBE) dan Fakulti Sains Sosial, Kesenian dan Kemanusiaan (FSAH). Terdapat juga Pusat Pengajian Pra-Universiti dan Pusat Pengajian dan Penyelidikan Pasca Siswazah terbaru mereka yang menawarkan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Sarjana Sains (Sains Hayat) dan Sarjana Sains (Sains Fizikal).
  • Sebagai institusi yang dianggap baik oleh industri untuk piawaian akademiknya yang tinggi dan graduan yang terlatih, TAR UC telah melahirkan beberapa pemimpin negara, usahawan dan profesional yang berjaya di kalangan 190,000 alumni. Kampus Cawangan Johor mempunyai rekod 18 tahun dalam menyediakan persekitaran pengajian yang kondusif bagi pengajian tinggi.
  • Ditubuhkan pada 18 Mei 1998, Kampus Cawangan Johor berjarak 15 minit pemanduan dari Segamat (kira-kira 2.5 jam perjalanan dari Johor Bahru) dan berpusat di kawasan landskap yang indah dan berkeluasan 50 ekar dan dikelilingi oleh kehijauan yang subur. 
  • Selain dari program-program yang telah ditubuhkan dan terkenal seperti Diploma Pengajian Perniagaan (Perakaunan & Pengajian Perniagaan) dan program IT seperti Diploma Kejuruteraan Sistem Maklumat dan Diploma Teknologi Internet, Kampus Cawangan ini juga mempunyai Dapur Latihan, Restoran Latihan, Dapur Bakery dan Mock Hotel terutama untuk pelajar Pengurusan Hospitaliti yang didedahkan kepada piawaian dan amalan industri. 
  • Begitu juga pelajar keusahawanan, pelajar dapat mengembangkan kemahiran mereka sambil mengumpul pengalaman praktikal yang penting dengan kemudahaan dan pendedahan yang diberikan. 
  • TAR UC mempunyai populasi pelajar 28,000 yang mengikuti lebih daripada 100 program pengajian dalam pelbagai bidang disiplin di enam kampus di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Perak, Pahang dan Sabah. Kampus Utama Kuala Lumpur terletak di Jalan Genting Kelang, Setapak dan merentasi kawasan seluas 186 ekar. 

Gambaran Umum

Jenis institusi Universiti Swasta
Pengambilan May,Jun,Oct,Nov
Lokasi Kampus Segamat
Jumlah Kursus 18 Kursus ditawarkan
Tutup Lihat lagi

Lokasi Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman TAR UC Kampus Johor

Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman TAR UC Kampus Johor
JOHOR BRANCH CAMPUS
Jalan Segamat / Labis
85000 Segamat, Johor, Malaysia.


[email protected]
Malaysia: +6079270801

Sila isi maklumat dibawah untuk menghubungi Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman TAR UC Kampus Johor

Berminat melanjutkan pengajian ke Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman TAR UC Kampus Johor di Malaysia?

logo
Kaunselor kami akan membantu anda memilih kursus pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan akademik anda. Isi maklumat dibawah untuk mendapatkan khidmat nasihat secara PERCUMA.
Talk to us

Ada pertanyaan?

Hendak ketahui lebih lanjut mengenai Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman TAR UC Kampus Johor?

Institusi lain yang mungkin anda berminat

Perlukan
bantuan?
mail