Kenapa Kolej Islam Antrabangsa (IIC) pilihan terbaik?
Sejak penubuhannya pada tahun 2000, IIC yang merupakan kolej swasta milik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini berterusan komited
untuk merealisasikan falsafah pendidikan bersepadu berasaskan nilai untuk
mencapai kecemerlangan akademik seterusnya memastikan graduan memperolehi peluang
kerjaya yang lebih luas. Oleh itu, usaha bersepadu telah dibuat secara konsisten
untuk mengubah IIC menjadi institusi pengajian tinggi bertaraf dunia dengan
membangunkan perkongsian multilateral dan memperkuat hubungan dengan industri,
universiti terkenal dan institusi penyelidikan dalam dan luar negara. IIC turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)
bersama pelbagai pihak, antaranya Teesside University (United Kingdom),
Federation University of Australia, Fajar Hidayah Foundation (Indonesia),
Al-Jamiyah Education Centre (Singapore), Globe Via Technology Sdn Bhd, IIC
counterpart from Saudi Arabia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
dan institusi terkenal lain.
Gambaran Umum
Jenis institusi |
Kolej Swasta |
Pengambilan |
Jan,Apr,May,Jul,Sep,Dec |
Lokasi Kampus |
Kuala Lumpur |
Jumlah Kursus |
21 Kursus ditawarkan |
Tutup
Lihat lagi