Zakir Naik punca pelajar perubatan ditawar housemanship

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 18, 2016, 04:41 pm

Zakir Naik punca pelajar perubatan ditawar housemanship! Betul kata pepatah, malu bertanya sesat jalan.Zakir-Naik-105, Zakir Naik punca pelajar perubatan ditawar housemanship Seorang pelajar perubatan, Siti Hajar Rasid, 21 yang mencetuskan kontroversi berikutan soalan provokasinya semasa syarahan umum pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak di sini baru-baru ini ditawarkan ganjaran menjalani housemanship (latihan) di pusat penjagaan kesihatan milik kerajaan negeri. Perkara itu dinyatakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman selepas mengadakan pertemuan dengan Siti Hajar, bersama-sama ibu ba­panya, di salah sebuah hotel di sini hari ini. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kampus Kuantan itu juga bakal ditawarkan berkhidmat di mana-mana hospital seumpamanya iaitu Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS), Kuantan Medical Centre (KMC) di Kuantan, Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) dan Taman Desa Medical Centre (TDMC) di Lembah Klang sejurus selepas selesai pro­ses latihan berkenaan. Dalam syarahan umum Zakir Isnin lalu, Siti Hajar menyatakan kepada intelektual Islam itu bahawa kerajaan tidak menghargai pelajar perubatan sepertinya yang mungkin akan menemui penawar pe­nyakit kanser apabila mengenakan caj pengajian yang tinggi sehingga terpaksa berhutang dan menanggung riba. --Utusan

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail