Yayasan Terengganu sedia RM20 juta untuk pelajar masuk universiti

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 23, 2016, 02:11 pm

Yayasan Terengganu (YT) sedia wang berjumlah RM20 juta untuk membantu pelajar baru ke universiti awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta tahun ini.yayasanterengganu Menurut Pengarah YT, Mohamad Sulong, pelajar yang ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke universiti diminta mengisi borang permohonan dalam talian manakala wang bantuan kemasukan akan diagihkan secara tunai menerusi program di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Katanya, pelajar yang ditawarkan melanjutkan pengajian bagi kategori sijil dan matrikulasi akan menerima RM500, diploma (RM750) serta RM1,000 untuk peringkat ijazah, sarjana dan doktor falsafah. "Proses kelulusan permohonan untuk pelajar peringkat sijil dan matrikulasi sudah selesai manakala pengagihan akan dibuat akhir bulan ini," katanya lagi. Mohon bantuan kewangan di Yayasan Terengganu di sini. AS-Biasiswa-600x200- (1)

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail