Yayasan Terengganu kekal jumlah tajaan RM60juta untuk pelajar

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 22, 2016, 12:00 pm

Yayasan Terengganu kekal jumlah tajaan RM60juta untuk pelajar: Yayasan Terengganu (YT) tahun ini mengekalkan jumlah penajaan sebanyak RM60 juta untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti tahun lepas.terengganu Pengarah YT, Mohamad Sulong berkata setakat ini, terdapat 625 pelajar anak Terengganu sedang melanjutkan pelajaran di luar negara dalam pelbagai bidang manakala 119 orang daripada mereka akan menamatkan pengajian masing-masing pada tahun ini. "Sebelum ini, yayasan hanya membelanjakan kira-kira RM40 juta untuk tajaan sejumlah pelajar yang sama ke luar negara namun jumlah tersebut meningkat sejak kebelakangan ini akibat daripada kejatuhan mata wang ringgit. Dalam keadaan ekonomi dan kedudukan pertukaran mata wang yang masih kurang stabil, YT akan kekal menaja pengajian keluar negara dalam pelbagai bidang untuk 32 pelajar yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2014 di mana ketika ini, mereka sedang membuat kursus persediaan di beberapa pusat pengajian dalam negara," katanya lagi. Mengulas lanjut, beliau berkata bagi pinjaman pelajaran yang diberi khususnya bagi penajaan di dalam negara, ianya adalah pinjaman boleh ubah yang boleh ditukar kepada dermasiswa sekiranya pelajar berjaya mencatat keputusan yang cemerlang dengan kepujian kelas pertama.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail