Yayasan Tenaga Nasional (YTN) Buka Tawaran Biasiswa Untuk Pengajian Dalam & Luar Negara 2021

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 16, 2021, 02:14 am

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) membuka tawaran biasiswa untuk lepasan SPM yang berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat pra-universiti dan seterusnya  ijazah pertama di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) atau universiti yang terletak di luar negara.

 

 

YTN ditubuhkan untuk memberi pendidikan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia. Sehingga kini, lebih daripada  RM1.2 bilion telah disumbangkan melalui pemberian biasiswa di bawah Akta 'Trust Under Trustees' (Pemerbadanan) 1952. Sehingga kini, YTN telah membantu lebih daripada 18,000 pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, dalam dan luar negara.

 

Dengan bermatlamat untuk menjadikan pendidikan tinggi lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat, YTN telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM132 juta untuk menaja pendidikan bagi 7,003 pelajar pada tahun lepas. Pada masa yang sama, mereka juga secara berterusan mengatur pelbagai program pembangunan individu sebagai sebahagian daripada objektif YTN untuk membantu membentuk pemimpin masa depan negara.

 

BIDANG PENGAJIAN YANG DITAJA

Program Pengajian di UNITEN

Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang berkaitan kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Berikut adalah senarai program pengajian berkenaan:

Bidang Kejuruteraan

  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Sivil

Bidang Bukan Kejuruteraan

  • Sains Komputer
  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Pengajian Bisnes

Program Pengajian di LUAR NEGARA

  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
  • Perakaunan/Kewangan
  • Data Science & Analytic

 

SYARAT KELAYAKAN

  • Berumur tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2021
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  • Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
  • Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
  • Lulus peperiksaan SPM 2020 dengan memperolehi sekurang kurangnya A dan A+ dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik DAN
  • Mendapat sekurang-kurangnya A- dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-
  • Kejuruteraan
    • Bahasa Melayu
    • Matematik Tambahan
    • Fizik
    • Kimia
  • Bukan Kejuruteraan
    • Bahasa Melayu
    • dan 3 subjek pilihan dari berikut:-Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Sains/ Teknologi Maklumat/ Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Geografi / Pendidikan Islam / Pendidikan Moral / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
    • Untuk bidang Sains Komputer, minimum LULUS Matematik Tambahan

 

CARA MEMOHON & TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Terdapat 3 peringkat dalam permohonan biassiwa ini. Berikut dikongsikan ketiga-tiga peringkat untuk membantu memudahkan anda membuat permohonan.

  • Permohonan
    • Daftar permohonan anda secara dalam talian menerusi pautan https://ytn.tnb.com.my/ sebelum atau pada 20 Jun 2021. 
  • Temuduga
    • Calon yang disenarai pendek dan melepasi syarat kelayakan biasiswa akan diumumkan di laman web Yayasan Tenaga Nasional. Sila buat semakan kelak.
  • Keputusan
    • Keputusan calon yang berjaya ditawarkan biasiswa YTN akan dimaklumkan di laman web YTN

 

Diharapkan dengan perkongsian ini, dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga anda. Jangan lepaskan peluang untuk merebut biasiswa yang mungkin hanya datang sekali seumur hidup. Mohonlah sebanyak mana biasiswa yang dibuka sekarang, jika berjaya ditawarkan ke semuanya, buatlah pilihan yang terbaik selain potensi kerja selepas menamatkan pengajian kelak. Untuk mendapatkan lebih info mengenai biasiswa YTN, boleh layari laman web rasmi YTN https://ytn.tnb.com.my/.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail