Universiti Mana Tawarkan Biasiswa dalam Bidang Kesihatan & Perubatan?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 04, 2019, 02:35 am

Tawaran biasiswa untuk pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang kesihatan dan perubatan bukanlah seperti dahulu. Kalau dahulu, pemberi biasiswa mengutamakan pelajar dalam bidang ini tetapi sekarang kerajaan sendiri pun sudah jarang menawarkannya, apatah lagi sektor swasta. 

 

 

Antara faktor yang jelas dilihat menjadi punca kurangnya penawaran biasiswa adalah kos pengajian yang sangat tinggi, pemberi biasiswa hanya menawarkan biasiswa dalam bidang pengajian yang penerimanya boleh memberi manfaat kepada syarikat selepas tamat pengajian dan masih ramai lambakan graduan bidang kesihatan dan perubatan yang belum mendapat pekerjaan. 

 

 

Walaupun biasiswa dalam bidang ini sudah kurang ditawarkan, tetapi terdapat sesetengah universiti yang menawarkan biasiswa dalaman sehingga 100% biasiswa penuh kepada yang berkelayakan. Salah sebuah universiti yang dimaksudkan adalah MAHSA University yang terletak di negeri Selangor. MAHSA mempunyai 9 buah fakulti, 6 daripadanya adalah fakulti yang menawarkan kursus pengajian dalam bidang perubatan dan kesihatan.

 

  • Fakulti Perubatan & Sains Biomedikal (Medical & Biomedical Sciences)
  • Fakulti Pergigian (Dentistry)
  • Fakulti Farmasi (Pharmacy)
  • Fakulti Kesihatan & Sains Sukan (Health & Sport Science)
  • Fakulti Kejururawatan dan Perbidanan (Nursing & Midwifery)

 

 

MAHSA University dilihat sebagai salah sebuah universiti terbaik untuk anda yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang kesihatan dan perubatan dibawah tajaan biasiswa. Selain itu, MAHSA menyediakan kualiti pembelajaran terbaik dengan semua kursus pengajiannya diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Malaysia Medical Council (MMC) bagi program perubatan selain menjalin kerjasama erat bersama Anglia Ruskin University iaitu universiti awam terkemuka di United Kingdom.

 

 

Kepada lepasan SPM yang berminat dalam kerjaya berkaitan bidang sains kesihatan dan perubatan serta ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah kelak, anda boleh memohon ke Foundation in Science di bawah Fakulti Pre-University Studies. Tamat foundation, boleh sambung ijazah dalam bidang kesihatan dan perubatan di MAHSA University. Untuk lepasa pra-universiti pula, anda boleh terus memohon kursus ijazah yang ditawarkan dalam bidang kesihatan dan perubatan atau bidang-bidang lain dibawah tajaan biasiswa. 

 

 

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MAHSA University dan jumlah biasiswa yang ditawarkan, kami sarankan untuk mendapatkan khidmat nasihat secara PERCUMA daripada kaunselor Afterschool sebelum mengemukakan permohonan. Jangan risau, tiada sebarang bayaran akan dikenakan. Nasihat daripada pakar kaunselor yang sangat arif dalam bidang pendidikan sangatlah penting terutamanya anda yang masih keliru memilih kursus pengajian manakah yang bersesuaian dengan minat dan kerjaya di masa hadapan. Untuk menyemak senarai kursus pengajian yang ditawarkan dan berhubung dengan kaunselor bagi mendapatkan pandangan mereka, anda boleh KLIK DISINI dan klik apply now seperti dibawah. Pihak kaunselor akan berhubung dan membantu anda membuat pilihan yang tepat. 

 

 

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda melanjutkan pengajian secara PERCUMA walaupun di IPTS. Buatlah pilihan yang bijak. Suka kami ingatkan sekali lagi, belajar di IPT mana tidak penting tetapi pastikan ada kualiti dalam pembelajaran, kursus pengajian yang memenuhi pasaran kerja (penting jika tak nak menganggur kelak). Untuk tip pilih IPTS yang terbaik, anda boleh juga muat turun e-book PERCUMA dengan KLIK DISINI. Semoga berjaya!. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail