Universiti Malaya uruskan pengambilan pelajar sendiri: Pendaftaran secara terus untuk ke Universiti Malaya dalam ijazah sarjana muda, sementara di peringkat Asasi dilakukan oleh pihak UPU.

Pemohon yang mahu memohon ke pengajian ijazah sarjana muda boleh memohon dari laman web yang disediakan
Universiti Malaya tanpa melalui UPU.
Timbalan naib canselor bagi Akademik dan Antarabangsa, Professor Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berkata, pendaftaran ini melibatkan mereka yang mahu mendaftar masuk ke Universiti Malaya dengan kelayakan
STPM/Asasi/Matrikulasi.
Tarikh tutup kemasukan ialah pada 5 April, 2016.
Pemohon boleh mendaftar masuk ke laman web
https://myum-id.um.edu.my/ dengan lima langkah mudah.
- Pemohon mendaftar akaun di laman web.
- Pemohon perlu aktifkan akaun.
- Apabila akaun sudah aktif, pemohon dikehendaki mengisi butiran penting dalam borang tersebut.
- Kemudian, pemohon dikehendaki memilih maksimum 4 program berbeza.
- Selepas itu, pemohon dikehendaki mengesahkan permohonan tersebut.
"Tidak seperti
UPU, permohonan ini tidak memerlukan pemohon untuk membeli PIN BSN atau ID unik," kata Prof Dr Awang Bulgiba lagi.