UKM & UiTM Universiti Pertama Laksana Program Gap year Bermula November Tahun Ini
Afterschool
March 29, 2017
Berita baik kepada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang berminat memohon menjalani program Gap Year, program itu akan dilaksanakan mulai November ini.
Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh Majlis Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia berkata, "UKM dan UiTM akan menjadi universiti pertama melaksanakan program gap year bermula pada bulan November tahun ini.
"Sepanjang tempoh 1 tahun gap year ini pelajar boleh bekerja di mana-mana agensi-agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pertahanan Awam dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pengambilan pelajar adalah tertakluk kepada jumlah kekosongan jawatan ada di sesebuah jabatan," katanya.
Menurut Idris lagi, Pelajar digalakkan untuk menyertai program ini kerana ianya memupuk semangat patriotism dan penyatuan dalam kalangan mereka selain mengalakkan budaya sukarelawan dalam kalangan pelajar.
Seperti mana info yang kami kongsikan sebelum ini, program gap year ini boleh dipohon oleh pelajar yang berada di semester 2 dan 3 sahaja. Sekiranya ada antara anda yang masih kurang pasti mengenai program ini serta kebaikan dan keburukannya. Klik pautan di bawah.