Ucap Anyeonghaseyo dalam tulisan Jawi

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 14, 2016, 02:43 pm

Ucap Anyeonghaseyo dalam tulisan Jawi. Kini kamu boleh belajar menulis Anyeonghaseyo dalam tulisan Jawi! Ucap Anyeonghaseyo dalam tulisan Jawi Daegu University of Foreign Studies (DUFS) di Daegu, Korea Selatan memulakan pengajian dalam kebudayaan Melayu, terutama tulisan jawi, pada bulan ini. Dekan Fakulti Asia Tenggara DUFS, Prof Dr Kang Kyoung Seok yang juga pakar dalam tulisan jawi berkata, selain pembelajaran, universiti itu juga akan menjalankan kajian mengenai ilmu jawi atau Jawiology melalui Pusat Antarabangsa Jawiology di universiti itu. Kang yang juga pengarah pusat itu dan berkhidmat bersama DUFS bermula 1 Mac lepas berkata, selain tulisan jawi, DUFS juga akan menumpukan kepada pengajian dalam bahasa Melayu dan Indonesia. Selain itu Kang berkata, DUFS juga akan berusaha menjemput pakar dalam tulisan Jawi untuk mengajar dan membimbing pelajar serta siswazah dalam pengajian Jawiology. “Saya harap universiti Malaysia dapat menandatangani kerjasama dengan DUFS ini sambil mengeksport pengajian Melayu ke DUFS supaya Korea dapat banyak belajar,” kata Prof Kang lagi.
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail