UAE tawar gaji lumayan pada graduan Malaysia

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 05, 2016, 10:32 am

UAE tawar gaji lumayan pada graduan Malaysia: Emiriah Arab Bersatu (UAE) menawarkan gaji lumayan kepada graduan Malaysia yang ingin berkhidmat di negara yang paling pesat membangun di dunia itu.

burjkhalifa, UAE tawar gaji lumayan pada graduan Malaysia

Menurut penasihat kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin, UAE memerlukan ramai jurutera khususnya dalam bidang minyak dan gas serta perbankan Islam pada masa hadapan. Di Fujairah, yang menjadi nadi pengeksportan minyak dan gas di UAE, hanya mempunyai kira-kira 100 jurutera pakar. “Justeru peluang ini harus direbut graduan Malaysia untuk ber­khid­mat di Fujairah dan menerima gaji lumayan serta mengembangkan kepakaran bersama UAE. “Kita juga melihat universiti awam dan swasta khususnya Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Malaysia turut berpotensi untuk menjalin hubungan dan kepakaran dalam bidang terbabit,” kata beliau. --Utusan

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail