Senarai Kedai Barangan & Perkhidmatan yang Boleh Menggunakan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 27, 2017, 11:23 pm

PERHATIAN :

KEPADA PEMOHON YANG MEMPUNYAI KADS1M, SEMAKAN KADS1M BOLEH DIBUAT MELALUI ATM ATAU SEMAKAN ONLINE https://www.bankrakyat.com.my/bppt/semak

KEPADA PEMOHON BARU, SISTEM PERMOHONAN TELAH DILANJUTKAN SEHINGGA 31 OGOS 2018. KLIK PAUTAN BERIKUT UNTUK KEMUKAKAN PERMOHONAN http://www.bankrakyat.com.my/bppt.

 

Dah mohon KDS1M anda?. Jika belum, boleh memohon dan kemudiannya menuntutnya di Bank Rakyat. Mulai tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Kalau dahulu pelajar tidak perlu membuat sebarang permohonan, kini pelajar perlu memohon dan menuntutnya sendiri di Bank Rakyat.

 

 

KDS1M ini mempunyai fungsi iaitu boleh digunakan sebagai kad diskaun untuk pembelian barang atau perkhidmatan, boleh juga dijadikan kad debit, kad ATM sama seperti kad bank yang lain dan kad yang mengantikan baucer buku berjumlah RM250.00.

 

Siapa yang layak untuk memohon kad ini?. Berikut adalah kriteria mereka yang layak untuk memohon :

  • Warganegara Malaysia
  • Mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas)

 

Sebelum membuat tuntutan anda perlu melakukan perkara berikut:

  • Pertama, buat permohonan terlebih dahulu di pautan berikut : http://www.bankrakyat.com.my/bppt.
  • Kedua, tunggu emel atau boleh buat semakan secara atas talian menerusi Sistem Semakan KADS1M bermula pada 1 Jun 2017 (pautan akan dikemaskini kemudian kerana Bank Rakyat memaklumkan sistem berkenaan masih belum dibuka dan sistem yang ada sekarang adalah sistem yang lama). Semakan boleh dibuat bermula 1 Jun 2017 nanti. Kami akan mengemaskini artikel dengan memasukkan link nanti. Jadi jangan lupa untuk bookmark artikel ini.

 

 

Kami yakin ramai yang malas untuk memohonnya. Maklumlah majoriti dalam kalangan anda mesti beranggapan memberatkan dompet sahaja kerana tidak tahu kad ini boleh digunakan untuk apa dan kedai manakah yang menerimanya walaupun di dalamnya terdapat RM 250.00. Sangat leceh!.

 

Sebenarnya kad ini sangat berguna. Cuma mungkin anda yang tidak tahu atau mungkin malas hendak ambil tahu. Sebelum ini kami hanya kongsikan fungsinya sebagai pengganti baucer buku, pada kali ini kami kongsikan fungsinya sebagai kad diskaun. Berikut adalah antara barangan dan perkhidmatan yang mendapat potongan diskaun.

 

  • Automotif (Lelaki suka tak?)
  • Buku/Alat Tulis
  • Klinik Kesihatan
  • Makan/Minum (Hujung semester pokai?)
  • optometri
  • Pembelajaran/Pencetakan/Cenderamata
  • Pakaian
  • Peruncitan
  • Produk IT
  • Salun/Pusat Kecantikan (perempuan takkan tak suka!)
  • Sukan Rekrasi
  • Lain-Lain

 

Anda boleh semak semua senarai kedai yang menawarkan diskaun tersebut dengan klik disini dan buat carian dengan memilih kategori. Klik rakan dagang tersebut dan boleh lihat lokasi mereka!. Bukan main banyak lagi!. Adakah anda sudah berubah fikiran?. Hehe.

 

 

Untuk pengetahuan anda, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diberikan secara percuma oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang bertujuan untuk membantu meringankan perbelanjaan anda yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara, bukan setakat beban perbelanjaan alat tulis sahaja.

 

 

Jadi apa tunggu lagi, buatlah permohonan sekarang!, bolehlah dapatkan kad diskaun tersebut sebelum hari raya nanti. Guna untuk ke salun ke atau beli baju raya!. jimat-jimat.

 

PAUTAN BERKAITAN

Semak Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) Secara Online!Permohonan Secara Online Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi Menggantikan Baucer Buku Dibuka Sekarang!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail