logo
logo

    Courses

    Institutions

Tips untuk bertahan dalam matrikulasi

Afterschool Team

Afterschool Team

June 7, 2016





Pelajar lepasan SPM akan ke matrikulasi tidak lama lagi. Terdapat kebimbangan dalam pelajar-pelajar sementara ramai yang tidak sabar untuk meneruskan pembelajaran mereka di matrikulasi. Kolej_matrik_perlis

1. Bawa semua dokumen penting

files (1) Pastikan semua dokumen yang penting dibawa dan pastikan jangan tertinggal.

2. Bawa baju dan peralatan lain dengan lengkap

KUALA LUMPUR 2 SEPTEMBER 2012 - Antara gelagat pelajar-pelajar baru Universiti Malaya semasa hari pendaftaran pelajar baru Universiti Malaya di Kolej Zaba Universiti Malaya disini, hari ini. Gambar : Azman Asmayatim Pemberita : Zaini (Am, Kosmo) Pastikan kamu membawa pakaian yang secukupnya, terutamanya pakaian yang formal bagi urusan pejabat dan urusan di fakulti, beserta pakaian sukan untuk aktiviti sukan. Serta bawa peralatan seperti sudu, garfu, peralatan untuk mandi, selimut, bantal, sabun basuh, serta jika tiada pemanas air di asrama, memiliki cerek untuk masak mi segera juga bagus.

3. Bawa perubatan sebagai persediaan

band-aid Bagi mereka yang mempunyai asthma, alahan atau penyakit, sediakan ubat sebagai persediaan.

4. Bawa buku nota

notes Jika kamu seorang pelajar aliran Sains, kamu perlu lebih banyak menyalin nota dan perlu mengingat formula-formula. Jika kamu membawa nota-nota lama semasa di sekolah, ia dapat membantu kamu sedikit sebanyak dalam menyiapkan kerja tugasan. Begitu juga bagi mereka yang mengambil dalam bidang perakaunan.

5. Bersedia untuk berdikari

Being-independent Apabila sudah melangkah ke matrikulasi, hendaklah kita berdikari dan tidak bergantung pada kedua ibu bapa. Anda perlu memahirkan kemahiran berdikari seperti memasak sendiri atau menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam demi kelangsungan hidup. AS-Biasiswa-600x200- (1)