Tips tambahan (tapi penting!) untuk isi borang UPU

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 23, 2015, 12:35 pm

Isi borang UPU dengan betul agar dapat masuk ke kursus idaman dan capai kerjaya impian.Tips tambahan untuk isi borang UPU - dari kecil hingga besar Ini ada beberapa tips tambahan untuk pastikan proses mengisi borang UPU dapat berjalan dengan lancar!

Tandakan tarikh penting

Tips tambahan untuk isi borang UPU - kalendar tarikh penting Cari tahu tarikh untuk: 1. Pembelian PIN UPU dibuka/ditutup Kami nasihatkan untuk bersiap-sedia dan beli PIN UPU dari cawangan atau ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat. Pembelian PIN juga boleh dilakukan melalui Perbankan SMS buat pemegang akaun GIRO. 2. Permohonan UPU dibuka/ditutup Calon adalah dibenarkan untuk mengisi satu (1) permohonan dan dibenarkan mengubah kandungan permohonan TANPA BATAS sehingga tarik tutup UPU. Kenalpasti tarikh untuk dua (2) fasa permohonan atas talian: 1) Lepasan SPM 2) Lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma Lepasan SPM adalah dibenarkan untuk memeriksa dan mengubah kandungan permohonan pada fasa 2.

Periksa komputer dan sambungan internet

[caption id="attachment_371" align="aligncenter" width="600"]Tips tambahan untuk isi borang UPU - alamak komputer rosak Alamak! Komputer saya rosak![/caption] 1. Pastikan sambungan internet stabil Semua orang akan bengang kalau terpaksa isi benda yang sama berulang-ulang! Bayangkan betapa sakitnya kepala jika terpaksa isi borang UPU berkali-kali dengan benda yang sama sebab Internet kita tersekat dan tak dapat hantar maklumat yang diminta. Solusi: Gunakan komputer di sekolah (minta izin kaunselor). Elakkan mengisi borang UPU menggunakan komputer yang tersambung dengan Wi-Fi atau data telefon bimbit. 2. Pilih pelayar internet yang serasi Laman web rasmi UPU mengesyorkan penggunaan Firefox dan Internet Explorer sebagai pelayar internet yang sesuai. Pastikan bahawa anda menggunakan versi terkini untuk mengelakkan sebarang gangguan. 3. Simpan kata laluan dengan cermat Kami selalu terima banyak soalan mengenai kehilangan kata laluan. Catatkan kata laluan anda dan simpan di tempat yang selamat! Tetapi jangan beritahu kawan-kawan atau orang lain. Pengurus kata laluan seperti KeePass dapat menyimpan kata laluan anda dengan cara yang selamat. Anda juga boleh masukkan nombor kad pengenalan anda di sini. 4. Baca panduan mengisi Pastikan bahawa anda masukkan semua butir penting dan melakukannya dengan betul. 5. Aktifkan (enable) fungsi pop-up UPU dalam talian hanya akan dapat dilakukan dengan baik jika anda aktifkan fungsi popup. Cari tahu caranya untuk Internet Explorer, Firefox, Chrome dan Safari di sini atau di sini. 6. Ambil gambar permohonan anda Tak perlu pakai kamera telefon bimbit, kerana anda boleh gunakan perisian "Screen Capture" seperti Snipping Tool pada komputer yang menggunakan Windows versi mutakhir, atau plugin seperti Nimbus Screenshot. Gunakan ini sebagai salinan tambahan selain daripada pilihan yang ada pada akhir borang untuk mencetak permohonan anda.

Jangan cuai!

[caption id="attachment_372" align="aligncenter" width="600"]Tips tambahan untuk isi borang UPU - peribahasa Jangan sampai terkena peribahasa-peribahasa ni![/caption] 1. Simbol-simbol penting Semua kolum dengan tanda asterik (*) adalah WAJIB untuk diisikan. Semua kolum dengan tanda asterik ganda (**) adalah WAJIB untuk dipilih sebagai salah satu pilihan yang ada. 2. Tetapkan matlamat Jangan pula isi borang UPU kalau hendak memohon Ijazah Pertama di USM, UiTM dan UM. Buat calon politeknik dengan Sijil Kolej Komuniti boleh memohon untuk masuk politeknik langsung dari situs rasmi mereka. 3. Semak berkali-kali Jangan malas dan terlalu percaya diri! Baca lagi borang yang telah diisi paling kurang dua kali dan pastikan tak ada kesalahan dari segi ejaan mahupun maklumat yang telah diisi. AS_BM_UPU_banner

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail