Tingkatan 6 (STPM)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 29, 2015, 10:55 am

(stpm)-AS-Course-Profile-Confirm-(BM) Tingkatan 6 atau lebih popular dikenal melalui nama peperiksaan akhirnya: Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah kursus pra-universiti yang diajar di beberapa sekolah menengah dan Kolej Tingkatan 6 di seluruh Malaysia. Baca senarai semua Kolej Tingkatan 6 di Malaysia. Program ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan biasanya mengambil masa 1.5 tahun untuk selesai.

Kenapa pilih kursus ini?

Tingkatan 6 adalah program pra-universiti yang dianggap paling murah dan paling anjal (flexible) berdasarkan matapelajaran yang boleh dipilih.

Dibandingkan dengan Matrikulasi dan Asasi, STPM adalah satu-satunya pilihan pra-universiti awam yang diiktiraf pada tahap antarabangsa dan diluluskan oleh badan Cambridge Assessment, UK.

Syarat layak

  • Selesai dan lulus SPM dengan mendapat kredit dalam Bahasa Malaysia dan 3 subjek lain.
  • Berumur di antara 17 hingga 20 tahun.

1. JURUSAN SAINS Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kelompok yang berlainan seperti berikut:

  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Teknologi Kejuruteraan/ Information And Communication Technology/ Pengajian Agroteknologi
  • Pengurusan Makanan/ Pengajian Pakaian

2. JURUSAN KEMANUSIAAN  i. Sekolah Menengah Harian/ Sekolah Menengah Teknik Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kelompok yang berlainan berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi/ Pendidikan Seni Visual Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  • Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
  • Matematik/ Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
  • Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah / Pendidikan Syaria’ah Islamiah
  • Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab/ Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun/ English For Science And Technology
  • Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

ii. Sekolah Menengah Agama a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kelompok yang berlainan seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu / Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi / Pendidikan Seni Visual/ Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  • Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
  • Matematik/ Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science
  • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
  • Pendidikan Syaria’ah Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan / Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

b) Di Sekolah Berasrama Penuh (Agama) Di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kelompok yang berlainan seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu/ Literature in English/
  • Sejarah
  • Geografi / Pendidikan Seni Visual/ Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral Matematik/ Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science
  • Tasawwur Islam/ Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
  • Pendidikan Syaria’ah Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan / Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

-- Kredit kepada Kaunselor Halatuju FB

Pilihan matapelajaran

Pelajar Tingkatan 6 boleh mengambil maksimum 5 subjek daripada 23 matapelajaran berbeza yang boleh dipilih. Calon yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam (UA) wajib mengambil subjek Pengajian Am dan MUET. Matapelajaran yang boleh dipilih termasuk:

  • Pengajian Am
  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Mandarin
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Arab
  • Literature in English
  • Syariah
  • Usuluddin
  • Sejarah
  • Geografi
  • Ekonomi
  • Pengajian Perniagaan
  • Fizik
  • Matematik Moden
  • Matematik Tambahan
  • Matematik Tinggi
  • Seni Visual
  • Kimia
  • Biologi
  • Sains Sukan
  • Kesusasteraan Melayu Komunikatif
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kaedah penilaian

Belajar Tingkatan 6 adalah berpandukan sistem modular. Pelajar akan menghadapi tiga (3) ujian yang diadakan berkala setiap semester, dan bukan SATU ujian besar pada bulan terakhir pembelajaran seperti tahun-tahun yang lalu. Ujian Sistem ujian STPM yang baru dirombak mempunyai kelebihan tersendiri. Pelajar boleh memperbaiki keputusan semester 1 dan 2 mereka dengan mengulang ujian tersebut pada akhir semester 3. Keputusan semester 3 yang dianggap kurang baik juga boleh diulang. Serupa dengan format A-levels, calon STPM akan dinilai berdasarkan pencapaian di sekolah (20-40% dari keputusan akhir) dan ujian berpusat (60-80% dari keputusan akhir). Calon persendirian tak akan mengalami masalah dalam menyelesaikan kerja kursus yang menjadi bahagian dari STPM baharu kerana pihak MPM akan menugaskan guru Tingkatan 6 dari sekolah berdekatan untuk menolong anda menyelesaikan modul tersebut. Nilai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) untuk STPM berkisar di antara nilai 0.0 hingga 4.0. Untuk lulus matapelajaran tersebut, calon hendaklah mendapatkan nilai C dan ke atas. PNGK akhir dihitung dari purata empat (4) subjek terbaik dan dibundarkan hingga dua titik perpuluhan. Berikut adalah gred dan nilai markah tersebut:

Yuran

Ujian: RM 120 Yuran Pengajian: RM 90 (per setiap subjek) Mengulang Ujian: RM 50 (per setiap subjek)

Cara Daftar

Automatik! Lepasan SPM tidak perlu mendaftar untuk masuk ke Tingkatan 6 kerana pihak pendidikan negeri akan menawarkan program tersebut kepada pelajar yang tidak diterima masuk ke Matrikulasi. Kalau anda tidak menerima tawaran masuk ke Tingkatan 6, sila mohon setelah hebahan masuk melalui portal Kementerian Pendidikan Malaysia yang rasmi. Anda juga boleh memohon melalui Bahagian Pendidikan Negeri dengan cara mengisi borang T6BKK yang boleh diambil dari pejabat pengetua di sekolah menengah. Nota untuk calon persendirian: Daftar langsung melalui laman web MPM yang rasmi. Calon persendirian akan belajar sendiri dari rumah dan menyelesaikan kerja kursus modul serta mengambil ujian pada sekolah dan pusat peperiksaan yang akan diumumkan setelah menyelesaikan proses pendaftaran. Calon persendirian hanya boleh menduduki peperiksaan STPM setelah sekurang-kurangnya dua (2) tahun tamat SPM. Atau dalam kata lainnya, pada tahun yang sama rakan lepasan SPM anda mengambil ujian tersebut, jadi tidak ada istilah lulus STPM secara ekspres sebagai calon persendirian.

Menuju Uni

Dalam Negara Pelajar Tingkatan 6 boleh melanjutkan pendidikan ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam Malaysia. Lepasan Tingkatan 6 boleh berbangga kerana terdapat 20 program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan KHUSUS untuk pelajar yang lulus STPM di universiti-universiti awam tempatan. Luar Negara Tingkatan 6 adalah pilihan paling jimat untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi di luar negara. STPM sebagai kelayakan masuk universiti adalah diiktiraf oleh negara-negara Komanwel dan negara lain yang popular di kalangan pelajar Malaysia seperti United Kingdom, Ireland, Scotland, Australia, New Zealand, India, dan Singapura.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail