Timbalan Menteri nasihatkan pelajar SPM 2015 ambil STPM

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 06, 2016, 05:33 pm

Timbalan Menteri Pendidikan II, Senator Chong Sin Woon menasihatkan pelajar SPM 2015 agar menyertai Tingkatan Enam kerana ia memberi lebih banyak peluang untuk layak ke peringkat ijazah sarjana muda sama ada universiti awam atau swasta.form6 Tambahnya lagi, ibu bapa tidak perlu membelanjakan wang yang begitu banyak untuk peperiksaan STPM. "Di Tingkatan Enam mungkin lebih sukar, tetapi ia memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk memilih kursus apabila memohon ijazah sarjana muda nanti," katanya. Beliau juga menambah, STPM juga diterima oleh universiti awam, swasta dan kolej-kolej. --The Sun

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail