logo
logo

    Courses

    Institutions

Tiada lagi Tawaran Biasiswa untuk Pengajian ke Mesir - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Afterschool

Afterschool

February 21, 2017





Isu hangat dalam bidang pendidikan tinggi kini adalah isu tiada lagi tajaan biasiswa untuk pelajar cemerlang yang ingin menyambung pengajian ke Mesir oleh agensi kerajaan. Umum sedia maklum bahawa, Mesir menjadi destinasi majoriti pilihan pelajar untuk melanjutkan pengajian khususnya dalam pengajian islam, perubatan dan pergigian.

 

mesir

 

Mesir menjadi pilihan adalah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah yuran pengajian yang murah berbanding universiti-universiti tempatan, Indonesia dan Rusia, majoriti masyarakat Mesir adalah muslim yang mempunyai pegangan agama yang sama sekali gus memudahkan pelajar untuk menyesuaikan diri di sana, pengajian adalah dalam bahasa Inggeris, bahasa Arab hanya diperlukan untuk berkomunikasi dengan masyarakat di sana sahaja selain tajaan biasiswa oleh kerajaan untuk belajar di sana sebelum ini.

 

alasan-pilih-mesir-untuk-tempat-kuliah-EFfjHsRe6x

 

Berdasarkan penguguman semasa oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia (KPT) menerusi Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh, kerajaan membuat keputusan untuk memberhentikan pemberian biasiswa ke Mesir bermula pada tahun ini. Keputusan tersebut dibuat berdasarkan situasi politik semasa di Mesir yang tidak selamat kepada pelajar. Walau bagaimanapun, beliau tidak menghalang mana-mana pelajar yang masih berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke sana tetapi, perlu membiayai sendiri pengajian ke negara itu.

 

RAFF6174

 

Idris juga turut menasihati ibu bapa agar melihat situasi terkini sesebuah negara sebelum membuat keputusan membenarkan anak mereka melanjutkan pengajian ke mana-mana negara khususnya yang melibatkan isu keselamatan yang berisiko mengancam nyawa anak mereka.

 

padang pasir

 

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa pelajar yang sudah menerima tajaan kerajaan yang bakal atau sedang melanjutkan pengajian di Mesir, usah bimbang kerana tajaan tersebut masih diteruskan seperti biasa sehingga mereka menamatkan pengajian kelak.

 

serangan mesir

 

"Berkenaan dengan situasi semasa di Mesir, konflik politik di Mesir masih tidak selesai sepenuhnya, pihak kedutaan Malaysia di sana masih lagi memantau tahap keselamatan negara itu," ujarnya kepada media ketika majlis penyerahan Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia.

 

serangan mesir1

 

Dalam majlis berkenaan, pihak KPT menerima sumbangan berjumlah US$94,000 yang disumbangkan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) kepada 16 pelajar tahun akhir dalam bidang perubatan dan pergigian yang masih dalam pengajian di Mesir. Beliau berkata, sumbangan kewangan itu diberikan kepada pelajar Malaysia yang menghadapi masalah kewangan bagi membiayai yuran pengajian mereka di universiti masing-masing.

 

serangan mesir 2

 

"Sumbangan ini adalah sumbangan fasa kedua oleh GPMS, fasa pertama sumbangan iaitu berjumlah US$92,000 telah diberikan kepada 10 orang pelajar yang belajar di institusi pengajian tinggi di Mesir," katanya. Turut hadir dalam majlis serahan itu adalah Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyampai sumbangan sebayak RM1 juta untuk tabung pendidikan itu.

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background