Terima tawaran ke Matrikulasi atau IPTA/ILKA?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 11, 2016, 11:23 am

Halatuju-Byline-600x200Sebuah analisa ringkas tentang cara membuat pilihan tepat di antara matrikulasi atau IPTA.Park-Shin-Hye-park-shin-hye-tunggu-matrikulasi-atau-ipta Ikuti langkah-langkah berikut sekiranya masih ragu-ragu membuat pilihan di antara matrikulasi atau IPTA:

1. Terima tawaran matrikulasi

graduan-menganggur-pengangguran-cari-kerja Pelajar yang telah mendapat tawaran ke matrikulasi boleh menerima tawaran tersebut. Terima tawaran bukan lagi sah menjadi pelajar. Sah menjadi pelajar apabila kita mendaftar sebagai pelajar.

2. Daftarkan diri

student Pelajar seterusnya kena mendaftar secara dalam talian ke kolej matrikulasi dalam tempoh 9 - 31 Mei 2016.

3. Tarikh penting

19jamsoal_2 Minggu ke dua bulan Mei adalah bermula dari 16 Mei 2016 bila keputusan permohonan ke IPTA akan diumumkan oleh pihak UPU.

4. Masa menunggu IPTA

Student-calling600x400 Pelajar boleh tunggu sehingga 16 Mei 2016 untuk tunggu keputusan permohonan ke IPTA (melalui UPU) - kalau tak dapat IPTA daftarlah ke matrikulasi secara online - kalau dapat IPTA dan dapat matrikulasi (tapi memilih untuk tidak pergi ke matrikulasi) tak perlu daftar matrikulasi online, terimalah tawaran IPTA

5. Masa memilih ILKA

Kejuruteraan Mekatronik Pelajar juga bebas untuk tunggu keputusan permohonan ke ILKA kerana minggu keempat hanya akan bermula dari 22 Mei 2016. - kalau tak dapat ILKA tapi dah dapat matrikulasi, terus saja lah mendaftar online ke matrikulasi - kalau dapat ILKA dan dah dapat matrikulasi, kenalah buat keputusan nak pilih yang mana satu - asalkan kalau nak masuk matrik, harus daftar online sebelum 31 Mei 2016.

6. Buat bayaran

money Bayaran pendaftaran ke Matrikulasi boleh dibuat bila-bila masa sebelum pergi mendaftar pada 5, 6 atau 7 Jun 2016 dengan hanya bawa resit bayaran pendaftaran. Tak perlu buat bayaran awal sangat. Bila hati dah tetap dan yakin dengan pilihan yang dibuat, barulah bayar. Jika tidak nanti memang susah atau mungkin tak boleh nak dapat kembali duit yang dah dibayar. Kaunselor Halatuju dapat dihubungi melalui Facebook.AS-Q&A-600x200- (1)

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail