Afterschool
February 22, 2017
Berita baik kepada anda yang berminat untuk bekerja di atas kapal, kini akademi Laut Malaysia (ALAM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk menyertai Kursus Kelasi Dek dan Kursus Kelasi Enjin secara PERCUMA di bawah tajaan Kerajaan Negeri Melaka dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Melaka.
Oleh itu, jika anda merasakan anda mempunyai rekod kesihatan yang baik, sihat tubuh badan, mempunyai minat yang mendalam untuk belajar dan bekerja di atas kapal selain berpeluang meneroka seisi dunia lautan. Boleh menyertai kursus ini.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Semak syarat kelayakan kemasukan bagi kursus ini secara percuma:
NOTA PENTING: Kepada pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan seperti di atas, misalnya bukan orang Melaka, boleh juga menghadiri temu duga tetapi perlu membiayai sendiri pengajian di ALAM.
Ketika menghadiri temu duga berkenaan anda dikehendaki membawa dokumen asal serta salinan yang telah disahkan seperti berikut :
NOTA PENTING : Calon yang gagal membawa dokumen seperti di atas tidak akan ditemu duga.
Temu duga berkenaan akan diadakan di Kampus ALAM pada 1 hingga 3 Mac 2017 bermula pada jam 9 pagi. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Puan Nur Syahirah, +06-3882314 atau emel ke [email protected] atau boleh juga menghubungi Puan Rohayu Ghaffar, +606-3882306 atau emel [email protected]. Semoga berjaya!.
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.