logo
logo

    Courses

    Institutions

Tempoh Pembelajaran Tadika Kemas Bakal Dilanjutkan Hingga jam 5 petang Bermula Tahun Hadapan- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Afterschool Team

Afterschool Team

January 3, 2017





Berita baik kepada  ibu bapa yang bekerja, kemungkinan bermula pada tahun hadapan, anda tidak perlu risau lagi mengenai kos upah pengasuh atau keselamatan anak anda ketika bekerja. Ini kerana, kerajaan bercadang untuk melanjutkan tempoh pembelajaran di Tadika Kemas bermula pada tahun hadapan.

 

dscn0058

 

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, "Kemungkinan tempoh pembelajaran murid Tadika Kemas bakal dilanjutkan sehingga jam 5 petang bermula pada tahun hadapan. Langkah ini adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu memudahkan ibu bapa yang bekerja menghantar anak mereka ke Tadika Kemas bermula pada jam 7.30 pagi  sehingga tamat waktu bekerja iaitu pada jam 5 petang," katanya.

 

cqb5ue4ueaatsh3

 

Beliau berkata, "Keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak termasuk ibu bapa yang mahukan tempoh pembelajaran anak di Tadika Kemas dilanjutkan sehingga jam 5 petang. Walau bagaimanapun, kajian masih lagi dijalankan dan kerajaan menjangkakan cadangan tersebut akan berjaya dilaksanakan bermula pada tahun hadapan," katanya pada sidang media selepas melawat Tabika Kemas Sri Siantan baru-baru ini.

  20150913113435   Buat masa ini, tempoh pembelajaran di Tadika Kemas masih lagi mengikut standard masa yang ditetapkan iaitu bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 11 pagi.   dsc_99502