logo
logo

    Courses

    Institutions

Tawaran Biasiswa Penuh Universiti Xiamen untuk Pelajar BumiPutera, Pelajar Berketurunan India

Afterschool

Afterschool

April 3, 2017





Universiti Xiamen pada tahun ini membuka tawaran biasiswa kepada mana-mana pelajar khususnya pelajar bumiputera dan pelajar India untuk memohon biasiswa yang ditawarkan oleh Universiti Xiamen. Walau bagaimanapun pelajar Cina juga boleh memohon biasiswa ini.

 

20170111101256

   

Biasiswa ini menawarkan pengajian di peringkat pengajian asasi (foundation) dan peringkat pengajian ijazah sarjana muda bagi tahun 2017.

 

xiamen1_

 

Professor bidang kewartawanan di universiti Xiamen, M.Krishnamoorthy berkata, "Pelajar Bumiputera dan pelajar India yang mendapat keputusan 4A dan ke atas layak untuk memohon biasiswa penuh ini selain pelajar yang tidak mendapat keputusan seperti yang dikehendaki boleh juga memohon bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian di Universiti itu" ujarnya.

 

spm_students_0303

 

Kepada anda yang berminat untuk memohon, kemasukan untuk program asasi dan pengajian ijazah adalah pada bulan April ini. Manakala sesi pengambilan pelajar yang seterusnya adalah pada bulan Ogos untuk pengajian asasi dan September untuk pengajian ijazah sarjana muda.

 

3a_gerijah_12

 

Untuk pengetahuan anda, kursus pengajian yang ditawarkan di Universiti Xiamen adalah berdasarkan kepada keperluan dan permintaan industri semasa iaitu kursus perakaunan, kewangan, perniagaan antarabangsa, kewartawanan, sains komputer, Kejuruteraan Perisian, Teknologi Media Digital, Kejuruteraan Kimia dan Marine Biotechnology. Maksudnya selepas anda tamat pengajian, peluang pekerjaan yang luas tersedia untuk anda. Itu adalah kelebihan jika anda menyambung pengajian dalam bidang  yang menjadi keperluan industri. Untuk anda yang berminat untuk memohon boleh klik di sini untuk ke portal permohonan.  

Jika ada antara anda yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran biasiswa dan pengajian di Universiti Xiamen, anda boleh mengunjungi ke Hari Terbuka Universiti Xiamen yang diadakan di kampus induk mereka di Sepang, berdekatan dengan Lapangan Terbang KLIA.

 

20170325112911

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background