Afterschool
December 30, 2016
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) telah membuka permohonan biasiswa untuk Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan kepada mereka yang layak. Permohonan biasiswa bagi program Diploma Kejururawatan akan berakhir pada 1 April 2017 manakala Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan pula pada 1 Mei 2017. Sesi pengambilan pelajar adalah pada bulan Januari, Mei dan Oktober.
UTAR di bawah Yayasan Tunku Abdul Rahman berhasrat untuk menubuhkan sebuah hospital pakar swasta dalam kampus Universiti Tunku Abdul Rahman yang terletak di Kampar, Perak. Penubuhan hospital itu akan memenuhi keperluan perubatan penduduk di sekitar bandar Kampar, pelajar-pelajar kampus sekitar negeri Perak dan seluruh negara.
Hospital yang bakal ditubuhkan ini akan menempatkan 522 katil pesakit. Katil berkenaan akan disediakan dan disiapkan mengikut beberapa fasa. Selain itu, Hospital ini juga akan menyediakan pelbagai kemudahan yang lengkap dengan kepakaran klinikal dan bercadang untuk menyediakan perkhidmatan perubatan subsidi kepada pesakit yang menghadapi masalah kewangan melalui hospital baru yang bakal ditubuhkan kelak.
Bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat, Hospital berkenaan memerlukan ramai pegawai perubatan. Maka, UTAR menerusi yayasan UTAR menawarkan biasiswa kepada pelajar jurusan kejururawatan sama ada pelajar berkenaan melanjutkan pengajian di UTAR atau di institusi tempatan lain yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Sekiranya mereka melanjutkan pengajian ke institusi lain, selepas menamatkan pengajian penerima biasiswa berkenaan perlu berkhidmat di bawah Hospital UTAR sebagai salah satu syarat utama permohonan. Biasiswa yang diperuntukan adalah untuk menampung jumlah yuran program, asrama, elaun bulanan, pakaian seragam dan kasut, dan perubatan dan insurans. Oleh itu, kepada anda yang berminat, berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan.
Bagi mereka yang berminat untuk memohon, berikut merupakan kelayakan bagi Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan:
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.